Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, November 25, 2010

Kes liwat: Karpal ingatkan hakim ada ‘hukuman’ jika bias

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh hari ini mengingatkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, dalam memutuskan permohonan pembela agar menarik diri daripada mendengar kes itu, ada peruntukan boleh menghukum hakim yang bertindak “bias” ketika prosiding.
Semalam, Anwar mendakwa hakim itu telah mengintimidasi peguam utamanya selepas beliau memaklumkan mahu memohon untuk melucutkan Mohd Zabidin daripada mendengar kes tersebut.

Dalam afidavit difailkan bersama dengan notis usul untuk melucutkan Mohd Zabidin, Anwar berkata, hakim telah “mengugut” Karpal apabila peguam itu mengemukakan notis mengenai hasrat mereka kelmarin.

Ketika mengemukakan hujah lisan hari ini, Karpal menekankan, seseorang hakim tertakluk kepada undang-undang dan boleh dikenakan hukuman dibuang jawatan.

“Seorang hakim tertakluk kepada prosiding disiplin jika dia didapati bertindak bias.

“Saya memberikan Yang Arif amaran ikhlas, Yang Arif perlu berhati-hati apabila membuat pertimbangan, jika Yang Arif masih mahu meneruskan, dengan sikap bias, (maka) bersiap sedia untuk menghadapi kesannya,” kata Karpal.

Karpal menjelaskan, Jawatankuasa Etika Hakim 2010 telah ditubuhkan baru-baru ini, yang memberi kuasa untuk meneliti kemungkinan kes-kes salah laku hakim perbicaraan dan juga untuk mengenakan hukuman.

“Seseorang hakim tidak boleh bertindak sesuka hati, mereka tertakluk kepada undang-undang dan peraturan,” kata Karpal.

Ketika bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Karpal menambah, selain jawatankuasa etika, tindakan seseorang hakim juga tertakluk kepada Akta Kod Etika Hakim 2009.

“Jika hakim membuat keputusan yang dilihat bias, Mahkamah Rayuan juga boleh memutuskan sama ada dia telah berlaku bias,” katanya lagi.

“Beliau (Mohd Zabidin) tertakluk kepada undang-undang yang membawa kepada hukuman dikeluarkan jawatan,” kata beliau.

Perbicaraan akan disambung esok bagi membolehkan pihak pendakwaan menjawab hujah pasukan pembela.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria berkata, pihak pendakwaan memerlukan masa memandangkan Peguam Cara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden tidak dapat hadir di mahkamah kerana tidak sihat.

Difahamkan Yusof terlibat dalam kemalangan pagi ini dan cedera di kaki, tetapi keadaan sebenar beliau belum dapat disahkan.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium , Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Beliau memohon untuk hakim itu menarik diri atas alasan bahawa hakim berkenaan telah memberikan tafsiran berbeza dengan keputusan Mahkamah Agung 1993 berkaitan peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan dalam keputusannya Isnin lepas.

Beliau dalam afidavitnya untuk menyokong permohonan agar hakim itu menarik diri yang telah mengugut peguamnya, dan sehubungan itu beliau memberikan perhatian serius bahawa beliau tidak akan memperoleh perbicaraan yang adil jika hakim berkenaan terus mendengar perbicaraan tersebut.

Katanya sungguhpun hakim itu telah menarik balik pengugutan itu, Anwar berkata terdapat sikap pilih kasih jika hakim tersebut masih lagi mendengar kesnya.

Anwar mendakwa bahawa hakim itu telah memberitahu peguamnya bahawa permohonan beliau untuk hakim tersebut menarik diri boleh dinamakan menghina mahkamah di mana peguamnya mengatakan bahawa hakim berkenaan telah mengugutnya.

TMI

2 ulasan:

  1. Karpal Singh ni yang Ketua DAP ker? Bukan ke dyer nak Anwar Ibrahim untuk berundur sbg Penaung PR, macam dlm berita utama tuh? Tgh confuse cket..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive