Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 27, 2011

Lima pemimpin PKR dipujuk lompat parti


PETALING JAYA – PKR mendakwa lima pemimpin cabang parti itu di Pahang dipujuk untuk 'lompat' menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, selain diri mereka, pemimpin berkenaan turut dipujuk untuk membawa bersama kira-kira 500 penyokong.

"Selain wang, mereka turut dijanjikan projek jika membuat pengisytiharan seperti yang dikehendaki," katanya.

Sehubungan itu, kata Saifuddin, pihaknya memberi amaran kepada pemimpin cabang di seluruh negara supaya jangan ambil rasuah yang didakwanya berleluasa pada setiap PRK.

“Jika gejala ini tidak dibendung, dikhuatiri ia akan menjadi asam garam politik Malaysia dan lebih menyedihkan, akan diterima rakyat,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, pada sidang media di sini, kelmarin.

Saifuddin berkata, pimpinan PKR tidak akan teragak-agak menggantung keahlian mana-mana ahli yang terbukti menerima rasuah sebegini, serta-merta.

“PKR sedang mengumpul bukti dan akan mendedahkannya dengan dokumen lengkap,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, pihak tidak bertanggungjawab mengubah taktik dengan memberi rasuah kepada pimpinan bawahan PKR kerana mereka tidak lagi berjaya memujuk pemimpin atasan.

Menurutnya, sebelum ini, memang terdapat banyak insiden rasuah seperti ini sehingga ramai pemimpin PKR sanggup bertindak keluar parti, sekali gus memberi imej tidak baik dan memudahkan lagi lawan menyerang.

“Tindakan ini amat kotor. Mereka sanggup lakukan apa sahaja, termasuk memberi rasuah, demi mencapai matlamat mereka,” katanya.

Ditanya siapa pemimpin PKR yang terlibat, beliau enggan menamakan mereka, tetapi berkata, selain lima kes di Pahang, terdapat satu kes di Melaka dan satu di Kuala Lumpur.

“Kita menolak sekeras-kerasnya cubaan jijik seperti ini. Kita akan dedahkan kepada umum siapa dalang di sebaliknya,” katanya.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama27/2/11 6:51 PG

    Alahai kita gongxi-kongsi info ini yaaaaa
    26.2.11
    Pas Bukan Demokrasi Tapi ‘Democrazy’, Dulu Reformasi, Kini Laung Revolusi



    TEMERLOH, 26 Feb. – Tingkah laku pakatan pembangkang yang seringkali melemparkan tuduhan, fitnah dan maki hamun selain memanipulasi isu dilihat sebagai bukan sifat demokrasi tetapi lebih cenderung kepada sikap ‘democrazy’, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
    Katanya, sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, beliau menyatakan amat kecewa dan berasa malu di atas gelagat yang ditunjukkan oleh sebuah parti yang mengaku parti Islam.
    “Jelas Islam bukan perjuangan mereka tetapi mereka gila kuasa dan memperalatkan Islam untuk mencapai matlamat mereka mendapat kuasa sedangkan UMNOlah yang sebenarnya berjuang berlandaskan Al-Quran dan sunnah,”
    Beliau berkata demikian selepas proses penamaan calon di pusat penamaan di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, hari ini.
    “Saya pelik dengan sikap Pas yang melaung-laungkan revolusi dalam memberikan sokongan kepada calon mereka sedangkan apakah mereka faham dengan maksud revolusi sebenarnya?
    “Jika benar mereka mahukan satu revolusi maka yang sepatutnya digulingkan adalah kerajaan Pas di Kelantan yang gagal membangunkan negeri tersebut sedangkan mereka sudah 20 tahun mentadbir, tapi apa yang dilakukan Nik Aziz?” soal beliau.
    Tegas beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), kerajaan sentiasa prihatin dengan kehendak rakyat termasuklah negeri yang ditadbir oleh pembangkang sehinggakan masyarakat Kelantan juga turut menerima pelbagai imbuhan hasil pentadbiran BN.
    “Kerana itulah, mereka sengaja mencipta isu baru, cuba mensensasikan apa yang berlaku di Timur Tengah dan menyamakan dengan keadaan di sini sedangkan ia amat berbeza iaitu BN tidak pernah bersikap zalim apatah lagi membiarkan rakyatnya menganggur tanpa pembelaan.”
    Ujarnya lagi, jika dalam pilihan raya kecil sebelum ini pembangkang melaungkan reformasi tetapi kenapa pula ia ditukar kepada revolusi sedangkan mereka tidak tahu apa maksud yang tersirat.
    “Apa yang pasti, mereka cuba menggagalkan hasrat Perdana Menteri dan Kerajaan yang mahukan seluruh rakyat menumpukan kepada kerja dan tanggungjawab di samping sama-sama meneruskan agenda bagi membangunkan negara,” katanya.
    Tutur beliau lagi, pembangkang cuba mengalihkan perhatian rakyat yang jelas semakin ketara menolak pakatan campuran apatah lagi sejak ditubuhkan hinggalah sekarang ini, ketiga-tiga parti terbabit tidak pernah mencapai kata sepakat malah sebaliknya tidak sunyi daripada dilanda perpecahan dan pergeseran antara pemimpinnya.
    Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan pelbagai tohmahan yang dilontarkan oleh pembangkang.
    “Kita tidak ada masa untuk melayan mereka kerana kita sayangkan kesejahteraan dan perpaduan yang telah kita kecapi selama bersama BN sejak lebih 50 tahun lalu dan kita mahukan kesinambungan kemajuan ini berterusan. Undilah BN.”
    Dicatat oleh YEOP PARIT di 11:47 PM

    BalasPadam
  2. pkr henadaklah membuat satu reform yang dalam pkr sendiri bagi memantapkan pegangan/perjuangan/ideologi kerana wang(rasuah) telah mengambil tempat dalam perjuangan parti lawan.pkr jangan asyik leka dengan apa yang ada perkukuhkan kekuatan dalaman (suara dalaman di ambil kira dulu)ibarat perut lapar kena makan dulu baru sedap berkerja.
    "TAKBIR........"
    "REFORMASI........"

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive