Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 20, 2011

PRK Merlimau: Ayuh katakan 'tidak' pada Ali Rustam!

Ketika ini, Umno-BN cukup berbangga dengan nostalgia kemenangan mereka di De wan Undangan Negeri (Dun) Melimau, yang menyebabkan mereka tidak pernah mengambil kira mereka boleh kalah. Memang sekali imbas, untuk PAS menang di Melimau macam perkara mustahil, tetapi siapakah yang boleh mendahului kuasa Allah, jika ditakdirkan BN kalah kali ini, walaupun dari segi rekodnya, Melaka merupakan satu-satunya negeri yang tidak terlepas walau satu pun kerusi yang diwakili Umno.



Jika benar di Dun Melimau PAS tidak ada isu untuk dimainkan tetapi di Melaka, isu paling besar ialah kepimpinan Mohd Ali Rustam sendiri perlu dilihat secara menyeluruh untuk memastikan Melaka bersih dari segala bentuk penyelewengan dan rasuah.

Orang-orang Melayu di Melaka boleh seronok dengan infrastruktur dan landscape yang menarik tetapi apabila Mohd Ali dilarang bertanding dalam pemilihan Umno baru-baru ini, ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

Jika wang menjadi sebab mengapa Mohd Ali dilarang dari bertanding, ahli-ahli Umno dan pengundi di Dun Melimau kena bertanya, dari mana wang Mohd Ali dapat untuk digunakan bagi menjalankan kempen untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Di mana-mana sahaja, Mohd Ali akan sampai, termasuk di hujung kampung di Sabah, bagi mendekati rakyat kononnya atas nama mesra rakyat tetapi, hakikatnya Mohd Ali mencari undi untuk mencuba nasib memenangi kerusi Timbalan Presiden Umno.

Malangnya, Mohd Ali tidak diyakini oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mampu memikul tanggungjawab tersebut, menyebabkan dia dihalang dari bertanding dan kebetulan, khabarnya Ibu Pejabat Umno yang kebanyakkannya mendapat anugerah Dato' dan Dato' Seri dari Melaka, terpaksa juga berusaha menangkap beberapa proksi Mohd Ali bagi mengaitkan Ketua Menteri Melaka ini dengan politik wang.

Itu cerita lama. Cerita lebih dua tahun dulu. Tetapi, ia belum boleh dilupakan. Mohd Ali sebenarnya mahu ditangkap kerana terlibat dengan politik wang serentak dengan tangkapan terhadap Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad beberapa tahun yang lalu.

Tetapi keperluan Umno ketika itu hanya mahu Mohd Isa sahaja disingkirkan dan tiga tahun kemudiannya, Mohd Ali pula.

Perlu disebut, ketika itu Mohd Isa adalah Naib Presiden Umno nombor satu, Mohd Ali adalah Naib Presiden Umno nombor dua dan Muhyiddin Mohd Yassin Naib Presiden Umno nombor tiga.

Mohd Ali bernasib baik kerana Najib tidak ada pilihan lain, selain Mohd Ali untuk dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka, menyebabkan Mohd Ali bukan sahaja dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka dan Ahli MT, tetapi dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ketika ini, Mohd Ali seolah-olah mencabar PAS supaya berdebat dengannya dalam isu Melaka Maju 2010 dan membandingkan Melaka dengan Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tetapi, Mohd Ali lupa bahawa kesemua Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri-negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat tidak pernah terlibat dengan politik wang seperti yang terpalit pada batang tubuh Mohd Ali.

Biasalah, dalam Umno, kesalahan politik wang bagi mereka yang berjawatan tinggi, biasanya tidak terkait dengan kehilangan jawatan, kecuali Mohd Isa tetapi bagi mereka yang terkait dengan isu politik wang di peringkat bahagian, akan terhukum dengan hukuman yang cukup berat.

Kisah terbaru, Mohd Ali dan rombongannya menyewa kapal terbang untuk mencari pelabur di Indonesia. Ramai yang berada di dalam kapal terbang tersebut, antaranya anak kepada Perdana Menteri. 

Nasib baik Tentera Nasional Indonesia (TNI) tidak mahu memanjang-manjangkan isu ini, walaupun kapalterbang ini ditahan di Lapangan Terbang Surabaya dan melepaskan Mohd Ali pulang dengan pesawat lain, tetapi kalaulah boleh diketahui siapakah 85 orang yang menganggotai rombongan Mohd Ali ini, mungkin banyak lagi rahsia akan terdedah.

Sebenarnya, sebagai Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali bernasib baik kerana dia sentiasa dilihat seorang pemimpin yang sering berada di mana-mana ketika kebakaran, banjir, majlis perkahwinan dan kematian.

Tetapi, hakikat sebenarnya, jikalah perbelanjaan Mohd Ali boleh diaudit, rakyat akan tahu banyak mana wang digunakan untuk dia melakukan kerja-kerja di luar bidang tugasnya sebagai Ketua Menteri termasuklah kekerapannya ke Sumatera, Indonesia dengan pelbagai alasan termasuk menarik pelaburan.

Suatu ketika dahulu, timbul isu kemurahan hati Kerajaan Negeri Melaka terhadap penganugerahan darjah Dato' kepada macam-macam jenis manusia. Namun, isu ini senyap begitu sahaja walaupun Melaka pernah digelar "kilang" Darjah Dato' di Malaysia.

Ada di antara penerima Darjah Dato' Melaka, entah pernah atau tidak datang ke Melaka, tiada siapa yang tahu.

Namun, tiada siapa boleh menyuarakannya kerana itu adalah hak beliau untuk mencadangkan penganugerahan tersebut, hingga ada yang menerima anugerah Dato' tersebut terlibat dalam kes pergaduhan dan sebagainya.

Ketika pihak Istana Negeri Sembilan mahu kajian semula dibuat terhadap penganugerahan JP, Melaka mungkin negeri yang paling risau mengenainya kerana Melaka juga boleh dikatakan cukup berminat menganugerahkan JP kepada kawan-kawan orang tertentu.

Kalau pengundi di Melimau mahu menghentikan semua perkara ini, mereka boleh mengurangkan undi kepada calon BN. Mesej ini jika ditunjukkan dalam peti undi, ia akan berjaya merubah situasi Ketua Menteri yang sering berbuat sesuka hatinya sahaja.

Ketika beliau menunjukkan dia mesra rakyat dan dekat dengan orang ramai, dalam masa yang sama dia juga sering ke sana ke mari untuk menghabiskan wang rakyat Melaka yang sepatutnya dicurahkan kepada orang-orang yang benar-benar memerlukannya.

Berapa banyak wang digunakan untuk menyewa kapal terbang untuk bersama-sama 85 yang lain, mungkin akan diceritakan kononnya ada syarikat swasta yang membiayainya, sedangkan mustahil ada syarikat swasta yang mahu menaja jika tiada "harapan menanti di depan" – juga akan menyebabkan berlaku penyelewengan.

Di tangan pengundi Melimau, jika mereka sayangkan Melaka dan sayangkan Malaysia, negara yang sedang kehilangan banyak wang ini, boleh dimulakan dengan memberi undi kepada calon PAS.

Ia mungkin tidak akan menyebabkan Mohd Ali jatuh dari kerusi Ketua menteri tetapi sekurang-kurangnya dapat menegur dan menyedarkannya dari keborosan dan kemewahan hidup sebagai seorang Ketua Menteri yang bebas untuk ke sana ke mari berkempen dalam Umno dan ke sana ke mari atas alasan kononnya menarik pelaburan.


DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Maaf lah yea aku sebagai pengundi PRK Merlimau (yang atas pagar nie) tak setuju lansung dengan komen orang LUAU terhadap kepimpinan KM Melaka seperti BIAQPILA.....jaga negeri masing-masing yea..namun untuk memberi undi aku pada PAS tidak sama sekali...ULAU MELENGKAU ATAS PAGAU, ORANG LUAU JANGAN NAK KURANG AJAU...(pantun dua kerat buat BIAQPILA)

    BalasPadam
  2. bila nak PRK baru la nak bagi tu, bagi ni, cari undi.....dah menyampah laa....walaupun aku bukan org merrlimau, aku student melaka jgk...kalau bukan PRK x dapat laa bantuan mcm2. bila PRK baru jalan cantik ye 'tanpa nama'20.2.1011.....melaka laa paling teruk skali. zakat dapat rm2k je...selangor bg rm7.5k setahun tau. TAPEM pun payah dapat....ntah ape2....pegi mampius la

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive