Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 16, 2011

BERAS CHINA ADA LOGAM BERBAHAYA


BEIJING: Sehingga 10 peratus beras yang dikeluarkan China dicemari logam berat berbahaya daripada pencemaran yang dikaitkan dengan proses perindustrian pesat negara itu, menurut satu laporan. Laporan majalah New Century edisi minggu ini melaporkan satu kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar beras China dicemari logam berat seperti kadmium sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada banyak usaha diambil bagi mendedahkan bahaya itu.

“Ketika proses pesat perindustrian China, aktiviti seperti melombong muncul di merata tempat, sekali gus melepaskan unsur kimia seperti kadmium, arsenik, raksa dan logam berat berbahaya lain.


“Logam berat berbahaya ini tersebar menerusi udara dan air dan mencemar kawasan tanah yang luas…pencemaran rantaian makanan sudah wujud sejak beberapa tahun lalu,” menurut laporan itu.

Laporan itu merujuk kajian sejak 2007 yang tertumpu pada beberapa kampung pedalaman di selatan China berhampiran lombong dan kawasan perindutsrian di mana masalah kesihatan seperti penyakit tulang muncul, terutamanya di kalangan warga emas.

Di kalangan bijiran, beras paling kuat menyerap kadmium yang sering meresap dalam air yang digunakan untuk pengairan sawah berhampiran lombong seperti plumbum, timah dan tembaga.

- AFP

kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive