Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 22, 2011

RTM - Rais Tak Minat?


Oleh: Rizal Hashim
Salam Maulidur Rasul. Kebelakangan ini ramai yang meninggalkan komen dalam wall FB aku mengenai tiadanya siaran langsung bola sepak dalam RTM dan Astro Arena. Maaf kadang-kadang tidak terdaya nak jawab satu persatu.

Yang aku perasan, RTM sudah membunuh sukan dan laporan sukan waktu puncak (prime time).

Perasan atau tidak, tiada pembaca berita sukan sekitar jam 8.45 malam? Aku tak berapa pasti sejak bila. Itemnya pulak tinggal satu atau dua berita, macam melepas batuk di tangga. Kenapa agaknya bagi stesen yang melabelkan dirinya Sukan Terbaik Hanya di RTM? RTM Tetap Unggul? Info Sukan tengah hari pulak ditenggelami diva@1...

Dulu aku pernah tulis surat terbuka kepada Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Tiger. Baca di sini

Astro Arena pulak tidak menayangkan siaran langsung Liga Super pada Sabtu sekalipun Astro adalah penaja utama Liga M. Dasar Astro Arena cuba menonjolkan Arena Bola Jumaat, dengan harapan RTM menyiarkan perlawanan pada Sabtu.

Tapi aku dimaklumkan masalah timbul apabila Astro diisytihar penyiar rasmi dan pemegang hak komersil Liga M. Kalau dulu RTM bayar RM6 juta pada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sekarang kena bayar Astro dengan harga yang sama.

Masalahnya, Kementerian Penerangan tidak mahu bayar. Nak mintak diskaun pulak tu. Selagi rundingan tidak selesai dan KEMPEN tidak berganjak daripada keputusan itu, selagi itulah penonton seluruh negara yang tidak memiliki decoder berbayar Astro tidak dapat menonton bola sepak tempatan.

Jadi tiadalah Sekilas Liga, tiada Wisel Penamat dan Sebelum Wisel. Agaknya KEMPEN tidak mahu membayar Astro yang juga di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan). Jadi bos utama KEMPEN, Datuk Seri Utama Rais Yatim juga bos SKMM dan bos Astro la secara tidak langsung.

Rais ni seorang yang aku cukup respect. Terror dua bahasa, dan aku pun banyak beli bukunya yang mengangkat minda kita. Barangkali sebab itu dia tidak minat sangat sukan ni.

Susah jugak kalau budayawan nak faham sukan!

Aku pelik Perdana Menteri agaknya tahu atau tidak masalah ini...

Bukankah Datuk Seri Najib Tun Razak bersila tengok perlawanan skrin gergasi pada separuh akhir Piala Suzuki AFF yang akhirnya dimenangi Malaysia? Bukankah pemain kita diberi macam-macam hadiah oleh Najib? Rais tak tahu kot...

Jadi siaran bola ni tak penting...

Kepada Najib, tolonglah SMS dekat Rais...tak faham ke siaran langsung ini membantu membudayakan bola sepak tempatan?

Sia-sia aje budak-budak yang duduk atas padang kotorkan seluar, macam Ketua Editor YAKEB Aiman yang duduk sebelah menteri tengok game..betul Malaysia menang...tapi menang jangka pendek kerana pembuat dasar, Pak Menteri tidak rebut kesempatan daripada snowball effect yang kita harap daripada kemenangan anak buah K. Rajagobal.

Sekalipun siaran langsung dipancar menerusi ESPN Star Sports, sebenarnya tayangan di RTM yang membantu menaikkan semangat dan demam bola sepak!

Jadi barangkali tidak salah aku cakap RTM - Rais Tak Minat.

Kerajaan ni pun aku pelik lah, dah tahu tak mampu nak tolong sukan atau bola, nak sabo pulak Astro yang sanggup keluar duit macam Dunhill dulu...kalau ada chance duduk sebelah PM, aku akan bisik banyak benda...dan kalau dulu KEMPEN boleh bayar RM6 juta kepada FAM, kenapa sekarang tak mahu?

sumber: rizalhashim.blogspot.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Apa nak dipelik dengan RTM. Khutbah Jumaat disiar jam 12.30 malam atau 1.00 pagi.

    BalasPadam
  2. Kami orang2 kampung yang tak berduit nak pasang Astro kat rumah ni dah lama tak dapat tengok pasukan kegemaran kami dikaca TV. Kalau macam tu mana slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" kenapa tak tukar aja slogan kepada "Kantung didahulukan, pencapaian diutamakan". Rupanya kepala kami yang digosok untuk di sekeh sedih!!..sedih!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive