Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 17, 2011

Rusia Akan Lancar Saluran TV Islam



Russia akan melancarkan saluran televisyen Islamnya yang pertama pada April ini.

Saluran televisyen tersebut, antara lain bakal menawarkan rancangan-rancangan yang bercorak 'pendidikan kerohanian dan moral', kata seorang jurucakap bagi Majlis Mufti Russia kepada agensi berita AFP, lewat kelmarin.

Saluran itu, yang kini sedang menjalani ujian, akan 'mempunyai matlamat pemeradaban dan akan terdahulu menyumbang ke arah pendidikan kerohanian dan moral', kata jurucakap itu, Cik Gulnur Gaziyeva.

(Gambar - umat Islam menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Moscow)

Majlis tersebut, yang mewakili masyarakat Islam di Russia secara rasmi, sedang merekrut para penyampai, di samping sedang memutuskan kandungan bagi saluran televisyen berkenaan, yang sebahagiannya bercorak sekular, kata Cik Gaziyeva.

Saluran tersebut akan dibiayai oleh para penaja swasta, dedah Cik Gaziyeva, tanpa membutirkan sama ada ia akan disiarkan secara percuma.

Menurut dapatan banci terbarunya, Russia pada 2002 mempunyai kira-kira 14.5 juta penduduk Islam, yang ketika itu membentuk 10 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara itu, tetapi saluran televisyen arus utama kurang memberikan tumpuannya kepada para penonton berkenaan.

Sebagai tanda muhibah, saluran Rossiya yang dimiliki pemerintah menayangkan satu pertunjukan mingguan selama 10 minit yang bertajuk Muslims.

Dibiayai pemerintah Russia, ia memberi tumpuan kepada perbincangan tidak berunsur politik mengenai tradisi dan budaya masyarakat Islam.

Russia telah pun mempunyai beberapa saluran Ortodoks Russia, termasuk 'Spas' atau 'Saved', yang dihasilkan pada 2005 bagi 'mengukuhkan nilai-nilai kerohanian', yang disiarkan menerusi satelit ke Russia dan beberapa negara bekas Soviet Union, menurut laman web majlis mufti itu.

Presiden Dmitry Medvedev, pada satu mesyuarat dengan para pemimpin Ortodoks Russia pada minggu lalu, menekankan keperluan mengadakan dialog antara pelbagai agama untuk mengelakkan pertumbuhan konflik nasionalisme dan antara kaum. -- AFP.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. in ilah hasil perjuangan mujahid yang sanggop mati.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive