Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.
Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.
Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.
Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.
Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.
"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.
"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu,” katanya.
Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.
"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri,” katanya.
Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini.
Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Apa salah kalau dia pakai kopiah pon ??
BalasPadamTak nampak ada salah pon. Malah kalau dia pakai sarban pon tak nampak salah.
Apa yang nak diisukan disini ???
betul tu komen di atas. nk pakai jubah pun tak pa kalau betul dia nak pakai. yg SALAH ialah PENDUSTA yang buat FITNAH ni. Walaupun LGE bukan Islam, memfitnah dia mcm ni tetap berdosa jg.
BalasPadamgua sokong la komen kat atas ni..
BalasPadamlantak la dia nk pakai ape pun..
lgpun kalu ikut tulisan kat atas ni..
dia kata majlis tu diadakan kat surau kan..
kira ok la dia nk pakai kopiah..hormat Islam..
nk pesan sket..
sblum nk komen pasal org Cina tu..
PEGI LA BETULKAN REMAJA KITA YG TERUK TU DULU...
entah2 remaja tu pun x tau kopiah tu apa..
ape punya sengal la fitnah
BalasPadamTerkini : Hotel Paling Pelik Di Dunia
Siapa yg kata salah bai? yg salah tu org yg memandai-mandai buat kopiah kat atas kepala dlm gambaq tu. Hangpa xbaca lagi nak komen...
BalasPadamApakah ada hukum mengatakan kupiah haram dipakai oleh orang bukan Islam? Setahu saya di Johor sahaja menyebut tidak sepatutnya pakai kopiah sebelum naik haji. Ini pun satu karut juga. Kita tunggu kata ulama' negeri-negeri atau ulama' negara, apa komen depa, tu pun kalau ada teloq. Orang pencen.
BalasPadamwat malu org islam jer badigol yg wat fitnah ni..khaahakk tuuuiiihh
BalasPadamhahaha...sendiri melatah nampak??
BalasPadam