Selasa, Februari 22, 2011
KAKI RAGUT TERBUNUH DI DALAM LONGKANG
AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.
KEMEK...keadaan kereta mangsa.
PECAH...motosikal dinaiki kedua-dua penjenayah.
ANGKAT...anggota bomba dan paramedik mengangkat suspek.
MANGSA...Amiruddin (kiri) berbincang dengan mangsa ragut, semalam.
Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.
Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.
Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.
Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.
Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.
“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.
“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.
Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.
“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.
“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.
HM
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Februari
(157)
- Saman Ekor, Kerajaan Tidak Utamakan Rakyat
- Lawak Ali Rostam
- SPR tu parti komponen BN ka???
- GURU SENTUH PAYUDARA 11 MURID
- Ali Rostam Dah Pening Lalat
- Rakyat merintih duka, Najib datang bawa 'gula-gula'
- Live Carling Cup Final: Arsenal vs Birmingham City
- RTM Akan Tingkat Serang Selangor dan Pulau Pinang
- 'Ini olang tua ada balang baik punya.......'
- RAKYAT MALAYSIA BAKAL MENJADI GILA
- PELAJAR DIROGOL BERGILIR-GILIR OLEH 7 RAKAN
- Lawak Ahad: Jual Rumah
- Lima pemimpin PKR dipujuk lompat parti
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26/2/11
- Tun M : Perjalanan Yang Belum Selesai
- Gambar-Gambar Di Penamaan Calon Merlimau Dan Kerdau
- KHIDMAT SEKS DI KEBUN GETAH
- Uthayakumar : Perhimpunan Besar-Besaran HRP Tetap ...
- HARGA MINYAK HANYA BOLEH BERTAHAN SEHINGGA SELESAI...
- DAPHE IKING SAH MASUK ISLAM
- 1KAMBING 2JANTINA
- JANGAN MINUM MACAM HAIWAN
- PRK MERUPAKAN RAHMAT DAN BALA PENDUDUK SETEMPAT
- NASIB BAIK ADA PRK
- Undi punya pasal, rakyat nak sungai pun BN boleh l...
- Umno jangan tunjuk hero bela Melayu
- TerpaksaTampung GLC, Punca KWSP Beri Dividen Rendah
- Mee segera hingga bila-bila
- 1MALAYSIA,TAPI MENTERI JAGA NEGERI BN SAJA?
- UMNO GUNA HARTA AWAM DI MERLIMAU
- MPKB Haramkan Restoran Sediakan Shisha Kepada Pela...
- KAKI RAGUT TERBUNUH DI DALAM LONGKANG
- RTM - Rais Tak Minat?
- Betoi Ka JPN Bersubahat Dengan BN?
- IKLAN SEKS
- AKHBAR `BERLIDAH SYAITAN' PUTAR BELIT UCAPAN NIK AZIZ
- Patutlah Melaka Maju, rakyatnya Rajin, tak macam n...
- Peluang Kahwin Percuma
- BN Amalkan Undang Undang Sidiq Sigaraga
- JEJAKA MALAYA DAH TAK BOLEH CARI MAKAN
- KRONI DAPAT RM2.45 BILION NILAI KONTRAK
- PRK Kerdau, Merlimau serentak elak asakan Pakatan
- Impian Siti Nurhaliza bina masjid tercapai
- Mesir:Revolusi Twitter dan Facebook?
- Lawak Ahad: Amerika,Jepun Dan Indon
- PRK Merlimau: Ayuh katakan 'tidak' pada Ali Rustam!
- KEPUTUSAN PIALA FA 19/2/11
- Saman ekor: Kerajaan cari duit haram dari rakyat
- Cayalah! Bob Lokman Sertai PAS
- Tipu Suami Di Sg Buluh,Berasmara Dengan Bangla Di ...
- Melawan pun keluaq ayaq mani ka ?
- P'raya Kerdau serentak dengan Merlimau
- KEPUTUSAN PIALA FA 18/2/11
- INI BUKAN TANDA-TANDA KIAMAT,TAPI TANDA PILIHANRAY...
- Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN
- Bertaubatlah Wahai Peminum Arak
- Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?
- 'Ketumpulan' Ali senjata PAS di Merlimau
- Rusia Akan Lancar Saluran TV Islam
- Operasi NGO misteri, 1Malaysia dikesan di KL
- Siswi gila lelaki berbini 2
- Kulum boleh,awat hang tak gigit? Kah!kah!kah!!
- Hanya 36 penduduk Jeli undi Mustapa Mohamed?
- Lokman mau londeh DS Flom tapi tadak berani...
- BERAS CHINA ADA LOGAM BERBAHAYA
- MB Mad Said; Otak keluar dari kotak??
- SAMAN EKOQ
- Kit Siang : Nafi Dakwaan Bertemu Mahathir
- BN MIRIP REGIM MUBARAK?
- Azizah: Baju saja tak semahal itu
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 15/02/11
- Pulau Pinang saman ADUN Pulau Betong
- Berkhalwat bawa anak kecil
- Buruh rogol, liwat warga emas dipenjara 16 tahun
- Revolusi adalah seksi, kata mereka
- ANWAR: UJIAN ATAS SAYA KECIL SAJA
- Perutusan Maulidur Rasul 1432H oleh TGNA
- Peguam Anwar: Tiada kesan air mani, tiada ujian
- DUN Sarawak Mungkin Dibubar Minggu Ini ?
- Bersabung nyawa untuk 5 ekoq ikan kembung
- Selepas Mubarak, Apakah giliran Haprak?
- JANJI YANG SAMA TELAH DIBUAT SEJAK 4 PRU LALU
- Projek Mee Segera Di Merlimau adalah satu kesalahan
- KONON-KONON RAKYAT DIDAHULUKAN
- ANIS... hanya mahu teman seks.
- Hosni Mubarak Adalah Pemimpin Dua Dalam Satu
- Lawak Ahad: Pak Pandir Tanam Rambutan
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 12/1/11
- Hari Valentine: Sensasi dan publisiti
- Siswi Terlampau Jaja Gambar Bogel
- SPR tak berani potong nama isteri tentera dari sen...
- Gerombolan video lucah bongkar penipuan geng songk...
- Hosni Mubarak letak jawatan
- Adik pelakon komedi kena cekup
- MAKANAN TIDAK HALAL ANCAM NEGARA
- Roboh Gerai : Penjelasan Dari Yang Di Pertua MPSP ...
- Roboh Gerai Melayu di Taman Pelangi??
- 3 golongan yang awal masuk neraka
- Apacer Lim Guan Eng Berkopiah?
- Tengok nii...Takda Sapa Pandai Memerintah Macam Um...
-
▼
Februari
(157)
mangsa ragut tu cun juga, yg penting berani tu, siap langgar peragut tu
BalasPadamTerkini : 10 Jambatan Terpanjang Di Dunia
jgn la siarkan gambar mangsa ragut 2.mgkin membahayakan wanita tersebut
BalasPadambtul tu.. mana thu ada geng peragut tu yg nak balas dendam, x pasal2 dia dlm bahaya skrg nie.
BalasPadambiasa la media. kalo cun mesti gamba keluar. kalo x cun...x da gamba la hehe
BalasPadamKorang rasa zalim x kalu mamat peragut tuh kena kerat tangan?? Tu kire mamat tuh yang mati, mgkin korang ckp, pdan muke mamat tuh... Tp kalu mangsa plak mati? So, stakat kerat tgn tuh kire zalim x? Atau hukum mati bila mangsa mati je, mgkin jugak hukuman boleh dijatuhkan membunuh tanpa niat!
BalasPadamapa yg aku tau,
BalasPadamkes kalo tak lapor, tadak siasatan, wlpn depan mata jadi...
so... lapor la kat polis...
kalo stakat ikan bilis cam kita nih, makan tahun la nak setel kes, tapi slalunya tak setel2...