Saya petik:
[BH] PAROI: Segelintir pasangan kekasih dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran Taman Bukit Margosa di sini, sebagai `port' memadu kasih berikutan keadaan jalan yang agak gelap.
Penduduk mendakwa, corak pemanduan berbahaya itu berikutan pemandu terbabit sedang asyik melayan nafsu sehingga tidak dapat memberikan tumpuan ketika memandu.
Aktiviti mereka itu dikesan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Bukit Margosa, yang melakukan rondaan keselamatan setiap malam di kawasan taman berkenaan.
Timbalan Pengerusi SRS, Azizul Rahman Mohd Yusof, 40, berkata pihaknya menemui sekurang-kurangnya empat pasangan memandu kasih di kawasan itu setiap malam antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.
Beliau berkata, dalam rondaan terbaru kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu, pihaknya berjaya mengesan dua pasangan remaja sedang memadu kasih dalam dua kereta berasingan.
"Kegiatan itu dikesan empat anggota SRS yang menunggang dua motosikal lalu mengekori pergerakan kenderaan terbabit. Namun, selepas pasangan itu menyedari diekori, mereka terus memecut laju menghala ke laluan Seremban-Kuala Pilah.
"Kami percaya mereka memilih untuk melakukan kegiatan maksiat itu kerana kawasan berkenaan agak sunyi pada tengah malam dan awal pagi kerana kenderaan agak kurang melalui lebuh raya itu pada waktu berkenaan," katanya.
Bagaimanapun, katanya mereka seolah-olah tidak memikirkan kesannya kerana tindakan itu boleh mengundang bahaya dilanggar kenderaan lain kerana banyak kes membabitkan kemalangan di lebuh raya termasuk mereka yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan.
Azizul Rahman berkata, pihaknya tidak boleh bertindak menahan kenderaan terbabit kerana ia di luar bidang kuasa mereka, tetapi sekadar memantau bagi memastikan imej taman tidak terjejas selain kegiatan itu dapat dibanteras.
"Kami akan terus memantau kegiatan ini supaya pasangan remaja terbabit tidak terus menjadikan kawasan ini sebagai `port' untuk melakukan maksiat demi kepentingan bersama.
“Ini penting kerana sebelum ini pernah berlaku kes yang mana pasangan remaja terbabit hampir melanggar anggota SRS ketika dikejar," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Fadil Baharuddin, 39, meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
"Pasangan berkenaan berani bertindak sedemikian kerana tiada siapa yang pernah menahan atau mengambil tindakan terhadap mereka. Jika ada penguatkuasaan, pasti mereka tidak akan melakukan melakukan kegiatan maksiat di kawasan berkenaan," katanya.
(Gambar hiasan)
kafesantai
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
memadu kasih tu ap weh? Klu having sex aq taw la.
BalasPadam