Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 21, 2011

Peluang Kahwin Percuma


Pasangan bertunang atau belum tetapi merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun diseru jangan lepaskan peluang mengisi pakej Program Mahligai Sejahtera anjuran Kerajaan Negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat YB Ashah Haji Ghazali berkata, program ini kali kedua diadakan di mana kali pertama dahulu disertai oleh 12 pasangan termasuklah sepasang pengantin keturunan India.

Menurutnya, keistimewaan program kali ini ialah Kerajaan Negeri akan membayar mas kahwin sebanyak RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai hadiah untuk keperluan mereka memulakan hidup baru berumahtangga.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.

Menurutnya, majlis itu akan diadakan di Dewan Seri Negeri pada November ini dan pasangan yang berminat menyertai pakej perkahwinan ini bolehlah memohon melalui borang yang disediakan.

“Oleh kerana masa masih ada kali ini kita menyediakan peruntukan untuk 50 pasangan dan sedang berusaha supaya upacara akad nikah dapat diadakandi tempat dan tarikh yang sama, tetapi terpulangkan kepada budi bicara Pejabat Agama,” katanya.

Ujarnya lagi, program ini dijangka akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Selain itu, antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ialah Forum Bicara Wanita dan Keluarga sempena sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera, Bengkel Usahawan Untuk Wanita Miskin dan Sambutan Hari Ibu.

Forum Bicara Wanita dan Keluarga akan diadakan di Stadium Darulaman dijangka akan dihadiri 1000 wanita seluruh Kedah manakala Hari Ibu akan diadakan di Dewan Seri Negeri dan dijangka akan dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultanah.

UO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive