Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 18, 2011

Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN


KUALA LUMPUR, 18 Feb: Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti.

“Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. BUKANKAH KOMPAUN SAMAN SEBAHAGIAN DARIPADA CUKAI TIDAK JELAS YANG MENDATANGKAN HASIL LUMAYAN KEPADA KERAJAAN. RAKYAT MESTI FAHAM DENGAN KEEWANGAN KERAJAAN SEKARANG, BUKAN KERAJAAN YANG PERLU TAHU BAGAIMANA KEADAAN EKONOMI SEKARANG.

    BalasPadam
  2. Bukankah kerajaan tak tahu mengurus, semasa duit banyak, guna duit untuk perbelanjaan yg tak masuk akal. (Pembaziran)

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive