Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 06, 2011

"Tulen tak tulen bukan isu...": Itu bukan Anwar, tegas Azizah


Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar Ibrahim tampil untuk mempertahankan suaminya sekali lagi, menegaskan bahawa pelaku dalam video yang disiarkan melalui youtube semalam bukanlah Anwar Ibrahim, setelah beliau menonton dengan sendiri video tersebut.
Malah, Wan Azizah (gambar kanan, kanan) dihujani soalan ketulenan video, yang juga dikesahkan Ketua Polis Negara - akhirnya meninggikan nada dan menegaskan bahawa, "Tulen tak tulen bukan isu..., (isunya) Itu bukan Anwar!  Anwar bukan lelaki dalam video tersebut!"  Kenyataan tersebut disambut tepukan penyokongnya yang tampil menghadiri sidang media pada 10.30 pagi, tadi.
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim turut kelihatan terusik dengan soalan yang diajukan wartawan, sehingga menyindir tahap logik wartawan dengan mengumpamakan "kalau kita anggap satu rumah, ada pencuri.  Polis tahu rumah itu tulen, tak payahlah tangkap pencuri...", mencetuskan gelak ketawa dari kalangan wartawan.


Pengerusi DAP Karpal Singh yang mengakui dirinya belum menonton video tersebut, mendesak agar polis mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk T yang telah mengakui dirinya pihak yang menayangkan video tersebut.  "Soalan ini (sama ada video disunting) tidak berbangkit, ia tetap jenayah (untuk menayangkannya), ia tetap video lucah!" tegas peguam ini.
Turut hadir dalam sidang media yang diadakan di kediaman Anwar Ibrahim adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah, yang juga anak sulung Anwar, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff dan ahli keluarga Anwar, termasuklah bapa Wan Azizah, Wan Ismail Wan Mahmud.  Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim kini berada di Sarawak untuk persediaan pilihan raya negeri yang bakal berlangsung dari 6 hingga 16 April 2011.
Wan Azizah: Cam sendiri
Ketika ditanya mengapa dirinya mengubah fikiran, kerana beliau sebelum ini menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menonton klip video tersebut, Azizah berkata, "Satunya saya diberitahu bahawa tak ada apa-apa..." Nurul Izzah yang berada di sisinya menjelaskan, "tiada adegan lucah" dalam video yang dipaparkan dalam laman internet Youtube
Sebagai seorang doktor, Wan Azizah berkata dirinya tidak bermasalah dengan tubuh badan manusia yang bogel.  "Dan ini saya tengok sendiri dan saya camkan.  Mereka kata tak tengok manalah Kak Wan (Azizah) tahu?  Jadi saya tengok sendiri...Saudara Anwar dalam penjara, apa lagi dia buat?  Dia exercise (bersenam).  Itu bukan beliau," kata Wan Azizah.
Wan Azizah diajukan soalan selepas membacakan kenyataan media, berkata tulisan ayat Siam yang terpapar dalam video membuatkan dirinya lebih yakin bahawa video tersebut adalah helah politik.  Beliau mengulangi bahawa UMNO-BN yang gusar dengan kebangkitan Anwar sebagai kuasa yang membawa perubahan dalam lanskap politik, melakukan apa yang boleh untuk menjatuhkannya.  Malah, realiti bahawa kes sodomi yang digunakan untuk memalit Anwar tidak berjaya ini turut diakui dalam kenyataan Datuk T, yang diedarkan di Carcosa, tambah Azizah.
Bagaimanapun, Wan Azizah berkata taktik musuh politik ini sebaliknya merangsang semula semangat penyokong PKR, melihat kepada suasana ceramah yang diadakan di Subang Jaya, dua hari lalu.
Khalid Ibrahim mengulangi bahawa taktik politik yang digunakan terhadap terlalu jijik, dan tidak bertamadun.  "Pada diri saya sendiri, yang sudah mengenali Anwar, lebih daripada tiga dekad, saya rasa perbuatan begini, akan memberikan rangsangan kepada rakyat Malaysia untuk membuat satu perubahan supaya perkara-perkara yang jijik ini dihentikan.  Bagi saya, pembangunan negara, bagaimana kita menyediakan kebajikan untuk masyarakat, bagaimana kita menjaga ekonomi, dan harta negara, adalah perkara yang sangat diutamakan.  Bukan membawa perkara-perkara yang begitu jijik ini untuk dituntut, ada kalanya diketawakan, ada kalanya merupakan satu kesedihan kepada kita semua," luahannya.
Reaksi keluarga
Ketika ditanya sejauh manakah kes ini memberi kesan kepada ahli keluarganya, Wan Azizah menyerahkan pembesar suara kepada bapanya, Wan Ismail Wan Mahmud (gambar kanan).  "Sebagai ahli keluarga, memang tidak ada apa-apa...," Wan Ismail berkata bahawa taktik tersebut adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan tuduhan yang tidak berasas; malah menganggap mereka yang terlibat adalah desprado (kumpulan terdesak) yang mahu memusnahkan Anwar.
Karpal Singh menimbulkan sedikit riak dalam sidang media apabila mencadangkan "citizen arrest" terhadap Datuk T, dihujani soalan dari mana peruntukan undang-undang tersebut.  Beliau akhirnya memberi jawapan "common law", di mana apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap penjenayah, rakyat boleh menangkap penjenayah itu sendiri dan menyerahkannya ke balai polis.  Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa kita belum sampai ke peringkat tersebut, sambil mendesak agar polis mengambil tindakan.
Seorang wartawan turut mengajukan soalan sama ada "sumpah Islam" diperlukan ke atas Datuk T, lantas Khalid menjawab untuk Azizah, "tangkap dulu", sebelum Azizah menambah itu "sumpah UMNO".
Azizah mengakui bahawa "jam tangan Omega" Anwar masih disimpannya, setelah ditanya wartawan.  Seorang wartawan menyusul dengan permintaan untuk menunjukkannya, dan permintaan yang meletakkan beban pembuktian itu kepada orang yang dituduh, jelas mengusik Azizah, Nurul dan Khalid.
Nurul dengan nada tinggi berkata, "Kamu seriuskah? Mengapa kita disoal-siasat (Why are we been procecuted?)"
Khalid Ibrahim (gambar kiri) kemudiannya berkata, "Saya mendapati ini adalah menjijikkan (disgusting).  Saya rasa soalan anda mencerminkan bahawa anda tidak menghayati keadilan."  Beliau menambah bahawa Malaysia telah memasuki satu situasi gutter (gutter situation), sehingga hal kecil seperti pakai seluar atau tidak menjadi perkara besar.
Yang berikut adalah kenyataan media daripada ahli keluarga Anwar Ibrahim:
Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.
Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998.  Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim.  Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.
Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.
Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.
Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.
Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.
Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar Ibrahim.  Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.
Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional.  Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.  Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.
Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar."
Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya.  Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 - ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.
Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.  Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.
Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive