Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 18, 2011

Penggabungan MAS-Air Asia : Anwar Kesal Kebajikan Pekerja Diabai


PETALING JAYA 17 SEPT : Keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggabungan syarikat penerbangan terbesar negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia semata-mata untuk menghapuskan saingan antara dua entiti penerbangan itu tidak dapat diterima apabila ia didakwa telah mengabai kebajikan pekerja MAS.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggabungan itu bukan sahaja mengabaikan kebajikan pekerjanya malah turut meletakan beban kerugian kepada pekerjanya.

“Gambaran yang diberi selama ini bahawa kerugian disebabkan prestasi pekerja seperti yang disebut Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala.

“Benar prestasi mesti diperbaiki tetapi meletakkan beban kerugian kepada pekerja, saya tidak setuju kerana ia tidak adil. Ini usaha memutar belit dan mengaburi mata rakyat.

“Perkara ini mesti dijelaskan. Kebajikan dan pengorbanan pekerja jangan kita abaikan,” katanya selepas bertemu wakil Kesatuan Pekerja MAS di ibu pejabat parti, hari ini.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang media selepas bertemu wakil kesatuan pekerja Malaysia Airline (MAS) di Ibu Pejabat PKR, Damansara, hari ini.

Ogos lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, langkah menggabungan syarikat penerbangan terbesar negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia perlu dilihat daripada segi jangka masa panjang dan perkhidmatan yang dapat diselaraskan bagi menghadapi persaingan di peringkat dunia terutama pesaing dari negara Asia Barat.

"Negara-negara tersebut yang juga pengeluar utama minyak memberikan saingan yang hebat kepada dunia kerana entiti penerbangan mereka mampu menawarkan harga tiket lebih murah berbanding entiti yang sama di seluruh dunia.

Pada sidang media yang sama, Anwar juga mempersoalkan percanggahan kepentingan Tan Sri Tony Fernandes sebagai orang yang memiliki Air Asia dan MAS berikutan penggabungan itu.

“Berdasarkan sejarah lalu, terdapat kes MAS yang dihadap ke mahkamah sehingga kerugian berbilion ringgit, proses penyelamatan (bail out), kemudian diulangi proses yang hampir sama.” jelasnya.

tvs



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama18/9/11 9:13 PG

    biasalah mas sentiasa bermasaalah dan rugi..., kalau tiada persaingan bagaimana nak maju... kalau takut persaingan tutp sajalah mas dari asyik ditanggung kerajaan secara tidak telus...

    BalasPadam
  2. usaha terakhir bagi mengelakkan MAS rugi lagi. saya sokong penggabungan ini untuk melihat prestasi samada untung atau rugi MAS tahun hadapan

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive