Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 21, 2011

PAS HILANG UNDI MELAYU KERANA DAP?




Rata-rata pemimpin PAS menolak ramalan bahawa PAS akan kehilangan undi Melayu di peringkat akar umbi.“Masalah hanya akan timbul sekiranya DAP memperjuangkan isu masyarakat Cina secara keterlaluan.  Tetapi DAP tidak begitu,” kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.Beliau berkata demikian ketika mengulas ramalan Profesor Dato’ Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Semalam, penganalisa politik tersebut dilaporkan sebagai berkata bahawa kempen DAP yang terlalu memfokuskan kepada undi Cina akan menyebabkan PAS kehilangan undi Melayu di peringkat akar umbi.
“DAP menjalankan kempen mengenai urus tadbir baik dan keadilan untuk semua seperti juga PAS dan PKR.
“Masyarakat Cina menyokong DAP kerana isu tersebut,” jelas Khalid yang juga adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Beliau turut menggesa masyarakat Melayu untuk bersatu menyokong gabungan Pakatan Rakyat.
“Masyarakat Melayu perlu berada di hadapan dalam menyokong isu yang diperjuangkan seperti masyarakat Cina.
Khalid juga yakin bahawa ura-ura keterlaluan DAP akan diputar belit oleh Umno untuk meraih undi Melayu.
Kempen “PAS Ganti Umno”
Sementara itu, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa turut menolak ramalan Shamsul kerana pendekatan berkempen sudah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat.
“Pakatan Rakyat telah pun bersetuju secara prinsip dalam kempennya iaitu kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan kedudukan raja-raja.

kl-today

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. tak ada masalah... sokong DAP lebih baik daripada sokong UMNO!!

    BalasPadam
  3. PAS ganti UMNO?

    Ganti apa?

    Bukankah UMNO tu dikatakan penuh dengan rasuah dan salahguna kuasa, maka PAS nak ganti UMNO pulak untuk ambil alih rasuah dan salahguna kuasa tersebut?

    Tak payah ganti-gantilah. Biarlah PAS dengan cara dia dan UMNO dengan cara dia.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive