Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 02, 2011

BN terus serang, rasa lega dalam isu ‘komunis’ Mat Sabu



Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Sama ada tafsiran Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong tepat ataupun sebaliknya, isu itu telah membuka ruang kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertindak secara ofensif ketika ia bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang terjejas ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan isu kenaikan inflasi.

Meskipun ada peralihan sokongan orang Melayu kepada perikatan itu sejak pilihan raya umum 2008, Umno melihat Mohamad (gambar), timbalan presiden PAS yang dipilih Jun lalu, sebagai “pengasak” yang belum boleh memecahkan asas kekuatan mereka di kalangan kaum majoriti itu.

Bagaimanapun kenyataan kontroversi pemimpin itu telah membolehkan Umno menyemai benih keraguan di kalangan pengundi Melayu, yang masih menganggap komunisme sebagai satu momokan, khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.

“Ia bukan satu isu yang kita boleh gunakan untuk tempoh yang lama. Ia hanya satu reprief. Tetapi meskipun Mat Sabu seorang penyerang bertubi-tubi bagi Pakatan Rakyat untuk mendapatkan undi orang Melayu, beliau (sebenarnya) ‘meriam kosong’ dan kami boleh memperlekehkan beliau setiap kali beliau bercakap sesuatu seperti ini,” Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Rakan-rakannya dari Umno menyertai beberapa pemimpin lain dalam media sosial seperti Twitter untuk mengecam Mohamad, yang didakwa mengatakan bahawa mereka yang menyerang balai polis Bukit Kepong , yang menyebabkan 25 orang terbunuh pada 1950, sebagai pejuang kebebasan.

“Perwatakan Mat Sabu (Mohamad) adalah anugerah Tuhan diberikan kepada BN. Dalam semangat merdeka ini, saya akan mempertahankan haknya untuk menunjukkan kebodohan beliau,” kata Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga memanaskan pembangkang persekutuan dengan menggalakkan pemimpin-pemimpin dan penyokongnya agar terus membela Mohamad.

“Ada banyak artikel dan kenyataan yang menyokong Sabu, yang mengatakan polis adalah balaci British,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Mohamad tidak gembira dengan sikap kepimpinan atasan PAS yang gagal menyokongnya berhubung dakwaan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia minggu lalu.

Kelmarin, Setiausaha Agung Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan mempertahankan Mohamad.

Bagaimanapun pengarah unit dasar penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu The Malaysian Insider, Pakatan Rakyat perlu membawa perbincangan politik kembali kepada soal-soal dasar yang telah menjejaskan tumpuan pentadbiran Najib ekoran kemarahan orang ramai berhubung paras inflasi yang sangat tinggi dan kecaman antarabangsa berhubung pendekatan Putrajaya menangani perhimpunan Bersih 2.0.

“Mesejnya ialah meskipun Tunku Abdul Rahman akhirnya mengisytiharkan kemerdekaan, malah pemimpin-pemimpin Islam dan mereka yang dilabel sebagai sayap kiri, kesemuanya yang telah menentang penjajah dan seharusnya diiktiraf. Bagaimanapun ia bukan satu tugas mudah,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga berkata, “Pakatan telah melepaskan bola.”

“Dengan bercakap mengenai Bukit Kepong, yang merupakan isu etnosentrik, mereka menggunakan permainan BN dan (mereka) melekap padanya dan dengan tepat mereka berbuat demikian.

“Kita tidak memerlukan perbincangan sedemikian muncul dalam pilihan raya umum,” katanya.

Ahli Parlimen DAP kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong memberitahu Pakatan Rakyat telah melepaskan kelebihan untuk terus kekal pada isu-isu seperti pendemokrasian dan ekonomi.

Meskipun Mohamad telah menafikan dakwaan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dan mahu menyaman Utusan Malaysia, ia tidak menghalang pemimpin-pemimpin daripada terus mengecamnya termasuk Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa PAS cuba mentafsir semula sejarah.

TMI

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive