Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 12, 2011

POWERNYA MAT SABU

DEY MACHA!!!
INI SEMUA GARA-GARA MAT SABU
SEJARAH MALAYSIA KENA UBAH BALIK
PASAI SEBELUM NI BANYAK YANG KELENTONG KA?
KAH! KAH! KAH!

RUPA-RUPANYA RAKYAT DAH KENA KENCING
SEMUA PAKAT KENA PI SEKOLAH BALIK
AMBIK EXAM SEJARAH SEMULA
KAH! KAH! KAH!

BUKAN TU SAJA BEB
TV KAT MALAYSIA PUN DAH MULA MAIN WAYANG
DARI TV1 SAMPAI ASTRO RIA
PAKAT DOK TAYANG FILEM BUKIT KEPONG
TULAH TANDA POWERNYA MAT SABU
KAH! KAH! KAH!

Mahathir: Subjek sejarah di sekolah kurang tepat


ALOR SETAR, 11 Sept ─ Subjek sejarah yang diajar di sekolah-sekolah dilihat kurang tepat kerana tidak mempunyai latar belakang perjuangan kemerdekaan, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata subjek itu tidak begitu tepat kerana salah satunya cerita mengenai peranan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak banyak disebut dalam silibus subjek berkenaan.

“Ramai daripada generasi muda tidak begitu faham dengan sejarah dan asal-usul negara kerana ada percubaan untuk mengubah sejarah daripada fakta kepada khayalan,” katanya di sini hari ini.

Malah sejak kebelakangan ini muncul polemik baru sama ada negara ini dijajah oleh British ataupun hanya memperoleh naungan kuasa Eropah tersebut.

Dipetik Bernama Online. Dr Mahathir (gambar) berkata, kerana itulah kerajaan perlu menumpukan apa sebenarnya berlaku supaya tulisan tentang sejarah negara tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik semasa.

“Bukan mengkaji semula sejarah tetapi perlu balik kepada benda yang benar. Sejarah sudah berlaku dan kita tidak boleh ubah sejarah dan apa yang berlaku dahulu... berlakulah,” kata perdana menteri keempat ini.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sukatan pelajaran subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya ‘Historical fact and fiction’.

Dr Mahathir berkata sekarang ini generasi muda menganggap bahawa perjuangan untuk kemerdekaan itu perkara biasa kerana mereka dilahirkan dalam sebuah negara yang sudah merdeka dan makmur.

“Jadi mereka (generasi muda) menganggap bahawa dalam mana-mana negara pun akan berlaku demikian, tapi kalau kita buat lawatan ke negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan semasa kita mencapai kemerdekaan, kita akan dapati bahawa mereka tak dapat bangunkan negara mereka seperti Malaysia,” katanya.-TMI


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive