Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 07, 2011

Mat Sabu Tampil Malam Ini Bicara Isu 'Mat Indera'



SHAH ALAM 7 SEPT : Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu akan tampil dalam sebuah forum bagi membincangkan isu kontroversi berkaitan individu yang dilabel sebagai pengganas Komunis, Muhammad Indera dan peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950.

Turut sama menjadi ahli panel pada forum tersebut adalah Pakar Undang- undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan blogger sensasi, Hishamuddin Rais.

Forum tersebut dijadualkan akan berlangsung pada hari ini tepat jam 8.15 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.

Forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan ?' dianjurkan oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Free Public Forum Malaysia (FPF).

FPF adalah NGO yang aktif bergerak di sekitar ibu kota bertujuan menyediakan pentas-pentas forum, diskusi, wacana dan sebagainya bagi membincangkan isu- isu semasa yang berlaku dalam negara.

"Tajuk Forum: MAT INDERA - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan?

Ahli Panel:
1. Tn. Hj. Mohamad Sabu (Timb. Presiden PAS)
2. Prof. Dr. Aziz Bari (UIAM)
3. Sdr Hishamuddin Rais (blogger / kolumnis Tukar Tiub)"


"Tarikh: 7 September 2011 - Rabu (hari ini)
Masa: 8.15-10.30mlm
Tempat: KL Selangor Chinese Assembly Hall (tingkat 3) - berhadapan stesen monorail Maharajalel


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive