Selasa, September 27, 2011
Pelacur solo kejar lelaki miang
KUALA LUMPUR – Penglibatan wanita asing dalam kancah pelacuran seakan-akan tiada penghujungnya walaupun banyak operasi dilakukan apabila mereka kini didapati menggunakan dua taktik baharu bagi mendapatkan wang.
Pelacur-pelacur muda berusia lingkungan 20-an dari China, Uzbekistan, Vietnam, Afrika, Mongolia dan Filipina itu kini memilih menjalankan perniagaan secara bersendirian tanpa membabitkan ejen dan akan ‘beraksi’ di kondominium atau apartmen mewah.
Difahamkan, rata-rata mereka yang memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dan pelajar, mengenakan bayaran RM500 untuk sekali perkhidmatan.
Mereka yang terlibat kebanyakannya pernah dijadikan pelacur oleh ejen masing-masing ketika mula datang ke sini dengan bekerja di pusat urut dan refleksologi. Mungkin kerana bosan dicekup, mereka kemudian memilih modus operandi baharu itu.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa (gambar) memberitahu, siasatan mendapati, pelacur dari Afrika, Nigeria, Filipina, Vietnam dan China memilih untuk bergerak sendiri mencari pelanggan.
Katanya, pelacur yang menggunakan pas lawatan sosial dan pelajar itu hanya perlu ke kelab malam untuk memancing pelanggan sebelum membawa mereka ke hotel atau rumah sewa untuk lakukan seks.
“Alasan yang sering diberi jika dicekup ialah mereka perlu mencari duit lebih untuk menampung yuran pengajian kolej. Berdasarkan tangkapan, lebih 50 peratus pelacur negara itu telah datang ke sini berulang kali.
“Ketika dinaungi sindiket, mereka terpaksa menggunakan orang tengah untuk mencari pelanggan tetapi selepas mahir dan mempunyai pelanggan tetap, mereka ‘membuka’ perniagaan sendiri. Cara itu lebih menguntungkan kerana tidak perlu bayar wang perlindungan,” dedahnya.
Azman memberitahu, pelacur dari Mongolia, Uzbekistan, China dan Vietnam pula didapati lebih cenderung menggunakan kondominium dan apartmen mewah untuk menjalankan aktiviti persundalan di sini.
Bagaimanapun katanya, mereka masih memerlukan ejen untuk mencari pelanggan. Mereka mengenakan bayaran RM1,000 bagi setiap perkhidmatan kerana berstatus pelacur kelas atasan.
“Polis menghadapi kesukaran untuk mengekang dan mengesan mereka kerana mereka tidak menetap di kondominium dan apartmen mewah tersebut dan kerap berpindah,” katanya.
Ujar Azman, selain itu, premis tersebut mempunyai kawalan keselamatan yang ketat serta mempunyai kamera litar tertutup.
Bagaimanapun katanya, polis ada juga melakukan serbuan dan tangkapan terhadap pelacur yang menggunakan taktik sebegitu.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pelacuran supaya menyalurkannya kepada polis berikutan bilangan pelajar dan pelancong warga asing yang terlibat meningkat saban tahun.
Kosmo
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
September
(129)
- Bekas pelakon lucah mahu tubuh parti politik
- MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BERSIH 2.0
- UBAT PERASAAN CEMBURU
- 5 MURID SK TELOK SIRA,BALING DITEGAH AMBIL UPSR
- 'Saya tak gentar amaran PERKASA'
- Safee Sali Masuk PAS Atau UMNO???
- Mahkamah bebaskan pakai baju BERSIH
- Video Skandal Bukan Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik
- Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad
- Derita Dilacur Ibu Tiri
- Hudud: The Star pun fitnah Guan Eng juga
- Umno gagal manipulasi isu Hudud untuk musnahkan Pa...
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 27/9/11
- "Charger handphone" terbenam di kepala bayi
- PAS Gesa Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Peguam Ne...
- Pelacur solo kejar lelaki miang
- Kempen plastik dari pemimpin plastik
- Kartun Terbaru Utuseks Malaysia Hina Hukum Hudud
- Usaha ‘jatuhkan’ MB Negeri Sembilan bermula?
- HUDUD: MUNAFIK JIKA HALANG HUKUM ALLAH
- MELAYU TERPEDAYA OLEH STRATEGI CINA!
- Budak 13 tahun ditahan gara-gara eksperimen seks
- 50 DALIL PR DIPERLUKAN DI SELANGOR
- Ceramah: Penyokong PAS, PERKASA bergaduh
- NAJIB TERUJA NAIK KAPAL TERBANG KE MAJLIS KAWIN DI...
- LAWAK AHAD: FACEBOOK BINATANG
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 24/9/11
- VIDEO MESIN BASUH GUNA KUASA BASIKAL
- Dirogol kenalan Facebook
- Kegiatan pelacuran untuk jemaah haji di Mekah?
- HOTEL KAKI KENCING
- KEDAHSYATAN SIKSAAN DI ALAM KUBUR
- Mengapa Najib Kemaruk Sangat Rampas Selangor??
- Najib, Rosmah ‘demam’ jika berdepan Anwar di mahkamah
- Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! TERUTAMA KAUM ...
- AWEK NAIK MOTOR PAKAI SELUAR DALAM
- KONDOM DALAM BEG SEKOLAH ANAK GADIS
- Najib tak 'cool'
- PAS HILANG UNDI MELAYU KERANA DAP?
- Live: JEPUN VS MALAYSIA
- KENIKMATAN MEMASUKKAN JARI DALAM LUBANG
- PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG ZALIM BUKAN UNTUK MENGUKI...
- Mat Sabu ditahan sebelum dibebas dengan jaminan polis
- Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah
- BETOI KA BENDERA MALAYSIA CIPLAK AMERIKA?
- NASI GORENG KONDOM DI KANTIN SEKOLAH
- Husam saman Kickdefella
- Kerja buat jahat akan tetap dilawan: Anwar
- VIDEO SEKS DAH JADI FILEM HINDUSTAN
- Ni Semua Hang Punya Pasai La Mat Sabu!!!
- Ni bukti Najib takutkan Anwar... kahkahkah...
- Video seks: AMK buat laporan polis
- LIVE: MANCHESTER UNITED VS CHELSEA
- ZAINAL KLING CUTI DAK HARI MALAYSIA?
- Penggabungan MAS-Air Asia : Anwar Kesal Kebajikan ...
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 17/9/11
- TILAM...TILAM...TILAM LAMA TUKAR BARU
- Keputusan Piala AFF Bawah 19 (17/9/11)
- Kondom wanita dari China kecil, tidak berkualiti: ...
- Rakyat Bangladesh Didaftar Pengundi?
- Chelsea mahu goyang United
- Najib perlu lepaskan jawatan Menteri Kewangan untu...
- Azab Meninggalkan Solat
- Akhirnya Najib akui demokrasi negara pincang
- LAYAN BUDAK ROCK NI LAGI BEST DARI LAYAN PENGUMUMA...
- Kecewa PM tak sudi jumpa, blogger Umno ugut potong...
- Umno-APCO Bakal Hancur Angkara Bergolak Sesama Sen...
- Milik siapa sejarah Malaysia
- Bilik khas untuk penuhi fitrah seksual banduan
- PRU-13: Siapa akan menang dan senario-senario yang...
- Gambar: Perbuatan Khianat Di Majlis Forum Rakyat
- Buku Panduan BUNUH DIRI Jepun
- Kempen Bodoh Oleh UMNO....!!
- AYAT CINTA NAJIB" KOMUNIS DULU LAIN, SEKARANG LAIN"
- Batal Terus Cukai 6 peratus
- Live: Chelsea vs Bayer Leverkusen
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 13/9/11
- Penangguhan cukai 6 peratus hanya sandiwara Najib
- FILEM TAMIL: PREPAID VS POSTPAID
- TAKTIK NAJIB TIPU RAKYAT?
- PANAS!!! Pelajar Malaysia bongkar penipuan Najib d...
- Pelajar IPT Dakwa Disihir Guna Gambarnya Dalam Fac...
- TAHNIAH MAT SABU, PEJUANG DEMOKRASI
- POWERNYA MAT SABU
- 'KJ budak baik, berpotensi jadi pemimpin PAS'
- Isteri tidak boleh curang
- AMAH POTONG ALAT SULIT MAJIKAN
- LAWAK AHAD: UCAPAN DI RADIO
- Johan Shah Indera hilang?
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 10/9/11
- BELA BERUK LAGI BAGUIH DARI BELA MENTERI
- Apa makna dakwat kekal kalau ‘hantu’ ada jari
- KAD PREPAID PULA NAK KENA CUKAI 6%
- Empat kunci kebahagiaan
- Politik Lebih Berkuasa Dari Sang Sarjana
- Mat Sabu beri Utusan 24 jam minta maaf atau jumpa ...
- SPRM BELUM SIASAT CINCIN RM24 JUTA?
- MB Johor Contoh Terbaik Talibarut British? (Wajib ...
- Apabila ahli sejarah amalkan ilmu KEKANGKUNGAN
- BIL AIR 20 SEN..? MANA ORANG UMNO NEGERI LAIN NAK ...
-
▼
September
(129)