Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 03, 2011

ARTIS SAMAKAN PEMINATNYA DENGAN BABI?


Sesiapa jua pasti akan terkejut apabila mendengar mana-mana orang, apatah lagi artis dan orang kenamaan menyamakan kawan, peminat mahupun orang yang tidak dikenali dengan binatang, apatah lagi anjing dan babi.Justeru, apabila seorang artis baru bernama Gambit Saifullah (gambar) secara terang-terangan menyamakan segelintir peminat Facebooknya dengan dua binatang tersebut, maka, tercetuslah kontroversi yang menjadi buah mulut warga tempatan di bulan yang mulia ini.

Sebelum ini, Gambit yang namanya pernah digugurkan daripada pementasan teater muzikal 60-an, Kenangan Mengusik Jiwa turut mencetuskan kontroversi menerusi klip video lagu Marilah nyanyian Prema Yin yang diarahkannya.

“Serius Abang Nara terkejut beruk membaca status di Facebook Page Gambit Saifullah ini. Dah buang tabiat ke apa mamat nie. Memang sangat-sangat tak sesuai status yang ditulis. Ada ke patut menyamakan peminat yang menyokong kita dengan binatang? Lebih-lebih binatang seperti anjing atau babi,” kata blog beautifulnara.com.

Gambit menulis dalam laman Facebooknya : Kat page ni juga ada ramai binatang2 seperti anjing/babi & lain2 dalam pakaian model/tradisional & etc. Kerja mereka adalah untuk menghiburkan kita. Oleh kerana kita tahu akan tahap pemikiran mereka yg agak cetek, kita layankanlah gelagat binatang2 peliharaan kita ini. Semoga mereka dapat dijinakkan satu hari nanti. Amin.

Mengulas lanjut, blog berkenaan berkata, tindakan Gambit itu dianggapnya tidak sesuai dan status Facebook itu telah dipadamnya setelah ianya disiarkan buat seketika.

“Memang serius tak boleh blah status di atas kan? Kalau tengah bengang pun, man man lah. Tak perlu nak update status yang menghina orang lain sampai tahap begitu. Apa nak jadi dengan Gambit? Dan untuk pengetahuan anda, status FB tersebut sudah pun didelete. Mungkin Gambit tak tahan mendengar kutukan yang diberikan terhadapnya,” kata blog itu lagi.

Nasihatnya kepada Gambit, sudah-sudahlah dan tidak perlu kot buat kontroversi murahan begini. Hati peminat perlu dijaga (itupun kalau ada peminat la)



kl-today


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive