Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 11, 2011

AMAH POTONG ALAT SULIT MAJIKAN


Menurut berita Agensi yang dipetik dari sumber berita tempatan, melaporkan seorang pembantu rumah warga Bangladesh dituduh memotong alat sulit majikannya dan membuangnya ke dalam tong sampah. Wanita berusia 26 tahun itu menangis semasa pendakwaan dibuat di sebuah mahkamah di Dubai semalam.

Berdasarkan pendakwaan, wanita itu dituduh menyebabkan 40 peratus kecacatan kekal terhadap majikannya yang berusia 77 tahun selepas dia memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau pencukur. Kejadian itu berlaku apabila majikannya mengarahkan suspek mengurut kemaluannya.

Ketika jurubahasa mahkamah menterjemahkan pertuduhan terhadapnya, suspek menangis. Dia menafikan melakukan perbuatan itu dan meminta supaya dihantar pulang ke negara asalnya. Walau bagaimanapun, ketika disoal, suspek mengaku mengambil pisau cukur dari almari berhampiran dan memotong alat sulit majikannya selepas lelaki itu menyuruhnya mengurut anunya.

“Dua hari sebelum saya ditahan, majikan merogol saya. Saya tidak dapat membela diri kerana dia mengancam untuk mengusir saya dari kediamannya. Keesokan harinya dia memperkosa saya sekali lagi.

“Pada hari kejadian, dia meminta saya mengurut alat sulitnya. Saya nampak pisau cukur di atas almari. Saya terus mengambil pisau cukur itu tanpa pengetahuannya. Saya kemudian mengurut alat sulitnya sebentar.

“Kemudian apabila mendapat peluang, saya mengerat alat sulitnya lalu alat sulitnya jatuh ke lantai. Saya memungut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Saya kemudian keluar dari biliknya dan bersembunyi di bilik lain,” katanya.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, dalam keterangannya berkata, dia terkejut mendengar bapanya menjerit kesakitan.

“Saya berlari keluar dari bilik dan melihat bapa duduk di kerusi dan bahagian bawah tubuhnya berlumuran darah.

“Ketika saya tanya apa yang berlaku, dia berkata, pembantu rumah mengerat alat sulitnya. Saya kemudian menghalang suspek daripada melarikan diri.

“Saya menghubungi polis dan bapa dibawa ke hospital dengan ambulans.”

Laporan forensik polis Dubai menolak kemungkinan wanita itu menjadi mangsa serangan seksual sebelum kejadian berlaku. - DCM


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive