Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 10, 2011

BELA BERUK LAGI BAGUIH DARI BELA MENTERI




DEY MACHA!!!
KERA JAAN TAK BOLEH BUAT APA DAH
DEPA NAK PENAIK HARGA KA APA
DEPA NAK PEKENA CUKAI KA APA
JANJI MASSYUK
KAH! KAH! KAH!

ASTRO BARU NI PUN LAGU TU JUGAK
MULA-MULA KATA NAK PENAIK HARGA
LEPAS TU KERA JAAN TAK LULUS
TUP-TUP NAIK JUGA HARGA
KAH! KAH! KAH!

APA GUNA KEMENTERIAN SEMUA TU?
APA GUNA MENTERI SEMUA TU?
KALAU TAK BOLEH HARAP NAK BELA RAKYAT?
BAIK TAK PAYAH ADA LAGI BAGUIH
BUAT PERABIH DUIT RAKYAT BAYAQ GAJI
KAH! KAH! KAH!

DEPA TAKPA LA BIL HANDPHONE PUN RAKYAT BAYAQ
DEPA TAKPA LA BIL ASTRO PUN PAKAI DUIT RAKYAT
MAMPUIH PI LA RAKYAT KENA BAYAQ APA PUN
KAH! KAH! KAH!



Kenakan cukai perkhidmatan keputusan syarikat telekomunikasi: Rais


2011/09/09

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai prkhidmatan terhadap tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Berkuat kuasa 15 September ini, pengguna telefon mudah prabayar akan dikenakan cukai perkhidmatan enam peratus apabila mereka membeli pek permulaan atau tambah nilai.
Mengulas langkah berkenaan, Rais berkata, keputusan itu termasuk di dalam tanggungjawab korporat di bawah perundangan, peranan perbendaharaan serta mekanisme percukaian yang diluluskan Parlimen.
"(Ini) perlu diselesaikan oleh pelbagai syarikat (telekomunikasi) itu sendiri. Kita tidak mempunyai peranan secara langsung terhadapnya," kata beliau selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya U Mobile Sdn Bhd di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Rais enggan mengulas sama ada kerajaan akan meminta syarikat telekomunikasi mengkaji semula keputusan mereka.

Sejak pelancaran perkhidmatan prabayar pada 1998, syarikat telekomunikasi menyerap cukai itu, yang mereka dakwa sebagai cukai penggunaan dan boleh dikenakan terhadap pelanggan.

Dalam kenyataan bersama pada Khamis, syarikat itu berkata, terdapat peruntukan bagi cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975, pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. - BERNAMA


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Baiknya beruk dari pemimpin umno, beruk ni tak tahu nak menentang hukum Allah, tetapi pemimpin umno, sememang terkenal dari dulu lagi suka melawan Allah dan Rasul Nya. Kalau pencipta mereka pun di lawan dan ditipu, apa lah sangat dengan pengundi bodoh macam pengikut dan penyokong umno tu. Beruk mengambil hak manusia sekadar nak mengisi perutnya saja, tapi umno mengambil, merampas, menyeleweng, rasuah dan macam-macam lagi kerja buruk yang mereka lakukan, tak boleh nak lakukan secara sendirian, mereka ajak sama agensi kerajaan termasuklah polis, SPR, SPRM, JPN. ITULAH BAIKNYA BERUK DARI UMNO.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive