Dendam ketika tewas dalam tiga perlawanan terakhir musim lalu iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan liga domestik ternyata tidak pernah padam.
Biarpun menyedari mereka kali ini turun sebagai underdog dan bakal berdepan barisan garang United yang telah menjaringkan 18 gol dalam empat perlawanan setakat ini, skuad bimbingan Andre Villa-Boas itu punya alasan tersendiri untuk meningkatkan keyakinan mereka.
Menurut pemain pertahanan, Branislav Ivanovic, dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku di mana pengalaman mereka musim lalu menjadi bukti terbaik untuk menyekat United.
"Awal musim lalu, kami berjaya menjaringkan 17 gol dalam empat perlawanan pertama. Namun, kami merosot tiba-tiba selepas itu.
"Situasi sama dilalui United sekarang. Jadi kami mahu menjadi pasukan yang berjaya mematikan terus semangat pemain United.
"Kami punya idea sendiri untuk melakukannya dan akan menterjemahkannya di atas padang nanti. Sukar itu memanglah cuma kami perlu berikan tumpuan lebih seratus peratus untuk melakukannya," kata pemain dari Serbia itu.
Jika menang kata Ivanovic, Chelsea mampu melakukan lonjakan hebat di samping meninggalkan parut yang mendalam kepada United untuk menghadapi saingan seterusnya.
"Ini ujian besar pertama kami musim ini untuk melihat bagaimana kami boleh meningkat, memberikan yang terbaik dan mencatat keputusan yang diperlukan," tegasnya.
Cabaran barisan pertahanan Chelsea sudah pasti untuk menyekat Wayne Rooney yang sedang berada di puncak prestasi dalam mencipta jaringan.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson bercadang menyenaraikan semula penjaga gol, David de Gea dan pemain sayap lincah, Ashley Young dalam kesebelasan utamanya selepas direhatkan ketika seri 1-1 dengan Benfica dalam Liga Juara-Juara Eropah. - AFPBiaqpila...apa ada hal.
posted from Bloggeroid