Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 05, 2012

GENTELMEN ROTI KOSONG



RAIS YATIM BAIK PI SURUH NAJIB JADI GENTELMEN
ANWAR AJAK DEBAT PUN TAKUT
KAH! KAH! KAH!

KALAU NAJIB GENTELMEN
PASAI APA TAKUT NAK BERSIHKAN SPR
KAH! KAH! KAH!

RAIS YATIM TAK TAU KA
KALAU PILIHANRAYA RAYA BERSIH
BUKAN SAJA 4 NEGERI PR MENANG
SEMUA 14 NEGERI DAH LAMA BN TERBUNGKANG
KAH! KAH! KAH!

MEMANG DASAR ROTI KOSONG
ROTI TAK DAK TELOQ
TENGOK BERSIH HIMPUN 200,000 ORANG PUN DAH GELABAH
KAH! KAH! KAH!

Rais gesa Anwar lawan cara 'gentleman'


Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mempamerkan kepimpinan tanpa menggunakan kekerasan, termasuk demonstrasi bagi mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

"Ini harus dihentikan, dan saya faham DSAI (Anwar) bukan seorang yang begitu taksub dengan kuasa keras.

"Jadi beliau harus tunjukkan kepimpinan beliau. Gentleman's game is the order of the day," kata Rais (atas).

Beliau mengulas pandangan Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mei bahawa Pakatan Rakyat akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan pilihan raya jika tewas.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata, kalaupun tindakan itu diambil, ia tidak bertahan lama berbanding "kewarasan dan bijaksana mengguna idea tanpa mengugut menggunakan kekerasan".

Lagipun, tambahnya, kerajaan sudah membuat pelbagai pindaan dan memperkenalkan undang-undang baru yang lebih baik.

"Dan kalau mereka terus menyatakan bahawa senarai daftar pemilih kotor dan tidak adil, bagaimana Pulau Pinang boleh menang, bagaimana Kelantan menang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, kalau senarai atau sistem memilih kita tidak baik?

"Tentu sekali baik, tinggal lagi mereka tak mahu mengakui kebaikan ini oleh kerana mereka ada cara keras untuk menuntut kuasa dan pengaruh.-MK



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. SPR pun kenapa susah sangat nak tunaikan tuntutan Bersih. kalau dah buat pembersihan dan ditakdirkan BN menang, pakatan tak ada alasan nak buat apa2 pun.

    BalasPadam
  2. memang la Pulau Pinang boleh menang, Kelantan menang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan. sbb zaman Badawi tu, Badawi x kotor sngt. org pun x tuntut begitu keras soal bersihnya PRU. yg bnyk pun kes undi hantu kt tmpt2 ttu. zaman kali ni, melihat Pakatan Rakyat semakin besar, tentu pihak mereka seboleh2nya melakukan apa saja cara utk kekal. walaupun sebenarnya Pakatan Boleh menang besar, tetapi mereka akan lakukan pembohongan dlm kertas undi. mereka turut boleh mengugut kakitangan kerajaan dan memalsukan dokumen rakyat asing. ini yg kita khuatir utk PRU13. Pemyelewengannya mungkin jauh lebih dasyat.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive