Ketepikan dulu tentang flip-flop (keluk-kelek) tu,kita berbalik kepada kisah mat-mat bangla ni.Pada jangkaan mat-mat bangla ini,mereka mengharapkan lebih banyak peluang diberikan kepada mereka sepertimana bajet-bajet lalu.Mereka juga mengharapkan dapat memenuhi sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan 163,000 peluang pekerjaan yang bakal dibenihkan hasil persenyawaan pakej rangsangan sekskonomi terbaru.
Mereka teramat frust lagi setelah meneliti bajet mini cooper yang berjumlah rm60 billion itu.Jika tidak kerana keputusan menghalang kemasukan mereka ke Malaysia
yang dibuat serta-merta itu,nescaya rm840 juta dari rm60 billion sudah tentu dalam tangan mereka. Jadi sekarang mereka hanya menggigit jari sambil mengharapkan
kekosongan yang mereka tidak dapat penuhi itu akan diisi oleh mat-mat kampung kita orang Malaysia.Maka selepas ini jika mereka menonton siaran berita dunia tentang Malaysia,mereka akan mendapati rakyat Malaysia telah menggantikan tempat kerja mereka di ladang-ladang sawit mahupun sektor perindustrian yang lain.Namun mampukah mat-mat rakyat kita merealisasikan impian dan harapan mat-mat bangla ini?
Bagi mat-mat bangla mereka masih mempunyai peluang untuk masuk ke Malaysia kerana ini hanya keputusan sementara,jangan sedih,mana tau esok lusa atau bulan depan ada pula lagi bajet mikro pula.Kita ada banyak kali bajet setahun.Tiap-tiap bulan ada saja bajet yang diumumkan.Macam juga dengan pilihanraya kecil,jadi bajet ini akan berkadar terus dengan pilihanraya.Selagi ada pilihanraya kecil selagi itulah bajet akan menyusurinya.








0 KOMEN