Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 30, 2009

Bukit Selambau: Calon Bebas Ke 16 Mahu Guna Logo Kapal Selam





Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak borang pencalonan salah seorang calon bebas Che Tugi Che Yah pada jam 11.19 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Haji Lah Haji Khir mengumumkan penolakan tersebut berpunca dari kedegilan calon bebas tersebut untuk menggunakan logo kapal selam. "Kita dah kata, ada warna, ada gambar, ada objek tertentu tak boleh dijadikan logo kerana ia dapat menyinggung perasaan pihak tertentu. Dalam demokrasi terpimpin ada benda tak boleh buat. Tetapi Che Tugi keras kepala. Jadi saya tak dapat nak buat apa. Sebagai contoh, logo macam pakaian dalam misalnya memang kita tak benarkan. Awak bayangkan kalau logo kapal selam berkibar-kibar ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di Bukit Selambau?"

Penolakan tersebut menyebabkan hanya 15 calon sahaja sah untuk bertanding.

"Saya terkilan kerana tidak dibenarkan bertanding. Saya sangat ingin mengalahkan calon PKR. Saya tak suka PKR. Saya sedihlah, logo kapal selam membawa makna tersendiri buat saya. Ini adalah kerana saya pernah berkhidmat mencuci kapal selam Perancis ketika ia berlabuh sempena LIMA di Langkawi satu masa dahulu."

Ditanya apakah beliau memahami alasan penolakan yang diberikan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, beliau dengan penuh emosi menjawab, "Saya tak tahu sebabnya. Saya tak faham. Dia bawak contoh logo pakaian dalam, tapi kapal selam bukan pakaian dalam. Apa ni? Adil ke macam ni? Padahal bas, kapal terbang, helikopter semua boleh...pada saya demokrasi telah mati. Saya sakit hati tahu tak, sakit hati sangat-sangat!" Kata Che Tugi tanpa menanggalkan kaca mata hitamnya.

Dua pakar feng shui terkenal Master Pin dan Gillian Too memaklumkan kami, logo kapal selam mungkin ditolak oleh Surahanjaya Pilihan Raya kerana ia dapat menyebabkan kemudaratan.

"Gua ingat kapal selam tak ada ong lah." Jawab Master Pin ketika mengulas isu tersebut.

Gillian Too yang ditemui di kedai barangan feng shui miliknya di Mega Mall, melihat kitab feng shui rujukannya berkata, penolakan tersebut adalah tepat. "Che Tugi sepatutnya berterima kasih. Logo kapal selam boleh menyebabkan kematian. Kalau dia guna juga, masa kempen nanti dia akan jatuh motor. Tapi sini kitab juga cakap, kalau mahu gunakan juga, Che Tugi boleh menggunakan kristal China sebagai gelang dan jed dari Mongolia sebagai rantai. Itu akan memberi tenaga positif. Tapi, tak payah gunalah lagi senang. Duduk rumah lah tak payah pening kepala."

Che Tugi bagaimana pun menolak saranan Gillian Too tersebut, "Ustaz Asri cakap itu semua khurafat, bid'ah, dan syirik. Tak ada dalam hadis."

Calon-calon bebas yang akan bertanding dalam Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini akan menggunakan pelbagai logo. Antara logo yang diizinkan untuk digunakan ialah R.Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abu (Jam), L Sarala (Basikal),A. Jayagopal (Payung), S Moganakumar (Buku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaakob (Bas), Michael Venason (Ikan), Anwar Abd Hamid (Telefon) dan T Chandrarajan (Kapal Terbang). Selama 9 hari logo-logo calon yang bertanding akan berkibar di Bukit Selambau.

Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon KeADILAN, BN dan bebas.



SUMBER : tehranifaisal.blogspot.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive