Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 20, 2009

MUHABALAH MUNCUL SEMULA



BETULLAH APA YANG ORANG KATA,HIDUP BAGAIKAN PUTARAN RODA.BEGITU JUGA DENGAN PERKATAAN
MUHABALAH YANG POPULAR SEDIKIT MASA LALU,KINI MUNCUL SEMULA.TAK MUSTAHIL IA AKAN HILANG SEKALI LAGI DAN MUNCUL SEMULA NANTI.SEPERTIMANA LEMBU KORBAN,KAMBING HITAM,HUDUD DAN LAIN-LAIN PERKATAAN.BEGITULAH KEHIDUPAN....MACAM PUTARAN RODA BECA..


Ahmad Tajuddin sahut cabaran Adnan untuk mubahalah

KUANTAN: Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman sedia menyahut cabaran Datuk Seri Adnan Yaakob untuk bersumpah (mubahalah) berhubung dakwaannya mengenai campur tangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pahang dalam pemilihan Umno bahagian itu tahun lepas.Ahmad Tajuddin mencadangkan mubalahah itu diadakan pada pukul 10 pagi Selasa depan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.


"Saya akan menunggu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang di tempat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Ahmad Tajuddin sebelum ini menggesa Adnan meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap keputusan Lembaga Disiplin Umno menggantung keahlian Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail selama setahun dan memberi amaran kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Md Sohaimi; Adun Lepar yang juga Naib Ketua Bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan Ahli Jawatankuasa Umno bahagian, Mohd Zaili Besar.


Kesemua mereka adalah anggota Umno Bahagian Paya Besar yang didapati bersalah melanggar Tata Etika Ahli Umno.


Adnan dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menafikan beliau menjadi dalang serta mencabar Ahmad Tajuddin untuk bermubahalah pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan. BERNAMA

1 ulasan:

  1. ape2 lah dyeorg ni..
    kte tgk siapa yang akan kecundang nnt..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive