Ahad, Mac 29, 2009
KENAPA PULA TUN MAHATHIR HADIR PADA PERHIMPUNAN UMNO?
Setelah memberi 11 sebab dalam blognya,kenapa beliau tidak hadir pada perhimpunan umno,akhirnya semalam Tun Mahathir hadir juga di PWTC.Apa pula 11 sebab yang menyebabkan beliau hadir? Saya tidak dapat memberikan sebab-sebab tersebut kerana saya orang melayu.Saya mudah lupa.Tanyalah pada Tun Mahathir.
Kata Tun Mahathir dalam blognya,"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."Katanya lagi,"Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia."
Sehari selepas beliau menyiarkan sebab-sebab kenapa beliau tidak hadir maka semalam kita dapat saksikan adegan pengkhianatan kepada kata-katanya.Beliau telah hadir di perhimpunan pertubuhan yang bergelumang dengan rasuah itu.Maka dengan sendirinya Tun Mahathir telah mencemarkan dirinya kerana berada di majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.Samada beliau merestuinya dengan menghadirkan diri,kita tidak tahu.Hanya beliau yang tahu.
Mungkin Tun Mahathir berpegang kepada kata-katanya.Melayu mudah lupa.Tiada siapa akan ingat kata-katanya sehari sebelum tu,kecuali kaum-kaum lain yang tidak mudah lupa.Jadi 'apa ada hal' jika beliau menyertai perhimpunan pertubuhan yang mendukung amalan rasuah itu.
Biaqpila...apa ada hal.
KENAPA SAYA TIDAK HADIR
By Dr. Mahathir Mohamad on March 27, 2009 4:24 PM | Permalink | Comments (646) | TrackBacks (0)
1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.
2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.
3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.
4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.
6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.
7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.
8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?
9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.
10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.
11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.
sumber: chedet.co.cc
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Mac
(164)
- Siswa anjurkan kempen sedarkan pengundi Bukit Gantang
- BUKIT SELAMBAU - CERAMAH EZAM DIHADIRI 20 ORANG?
- Cucu Pertama Datuk Seri Nizar dan Datin Seri Hajja...
- LAGI SATU PILIHANRAYA KECIL MENANTI UMNO
- TEORI BAKAL PM BUKAN PRESIDEN UMNO
- PENJENAMAAN SEMULA TV3 JADI TV UMNO
- Bahayanya bila isu perkauman dijaja di Bukit Gantang
- Blogger tersohor beri sokongan pada Nizar
- MEMPERAKUKAN DATO' SERI IR NIZAR JAMALUDDIN
- BUKIT GANTANG : SEBARKAN SUPAYA RAKYAT TAK TERTIPU
- Bukit Selambau: Calon Bebas Ke 16 Mahu Guna Logo K...
- BUKIT SELAMBAU : SHAHRIZAT BERCAKAP DENGAN POKOK
- Dari Bukit Gantang: Pilih pemimpin yang bertakwa -...
- SAYA MUDAH LUPA
- BATANG AI : FIDAH INGAT LAIN
- 3 PILIHANRAYA KECIL UJIAN AKHIR UMNO
- BERITA HAIRAN DARI BUKIT GANTANG
- LAKUKAN PENJENAMAAN SEMULA TV3 JADI TV UMNO
- NIZAR : SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB
- KEMPEN PRK BUKIT GANTANG: MERAKYATKAN ALTANTUYA?
- LIVERPOOL 4 REALMADRID 0
- Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir -...
- Nizar membawa amanah rakyat Perak dan Malaysia sel...
- PRK BUKIT GANTANG: RAKYAT TIDAK PERCAYA UMNO
- Umno Syok Sendiri
- 3 PILIHANRAYA KECIL: NAJIB DAH TAU BN NAK KALAH KOT
- KENAPA PULA TUN MAHATHIR HADIR PADA PERHIMPUNAN UMNO?
- LAWAK AHAD: KISAH EVO,CELICA DAN VIVA WANITA UMNO
- PERWAKILAN UMNO SUKAR MELUPAKAN ANWAR
- PRK BUKIT SELAMBAU : KERTAS UNDI TERBESAR DI DUNIA
- MACAM CERITA HINDUSTAN - EPISOD PRK BUKIT SELAMBAU
- EARTH HOUR
- BN takut dengan perjuangan Pakatan Rakyat
- CALON PKR BUKIT SELAMBAU PUNYA KISAH
- KDN TOLONG LA JANGAN GANTUNG TV3 SUKU -DEMI BUKIT ...
- "PERASUAH SUDAH DATANG"
- TERKINI DARI BUKIT SELAMBAU
- AKU INGAT PERAK BANGKIT TU NAMA KUIH TRADISIONAL
- PULAU SIASATAN BALKIS: KEAHLIAN DUN KHIR TOYO MUNG...
- MULA PENING LEPAS TU MIGRAIN
- SALAH GUNA KUASA OSMAN JAILU DILAPOR KE SPRM IPOH
- TUTUP LAMPU 8:30MLM LEPAS TU TERUS TIDOQ
- BLOG INI DITUTUP LAMPUNYA
- Kalaulah doa orang umno makbul
- UNDI PEROKOK AKAN TERJEJAS DI 2 BUKIT 1 BATANG ??
- JOM BALIK,AKU DAH BOSAN
- KITA KATA UMNO DAH REPUT,TAPI KITA LAYAN JUGAK
- KHUTBAH TERAKHIR
- GAMBAR PUTERI
- Program Anwar Ibrahim di Bukit Selambau & Bukit Ga...
- Anwar Ibrahim Club (AIC) bangkit membidas tohmahan...
- YANG KALAH JANGAN POYO
- PAS cabar kerajaan saman media asing
- MENANGISI UCAPAN TERAKHIR
- JAUHI DARIPADA MEMBERI SOKONGAN KEPADA KEZALIMAN
- Gangguan bekalan air di KL, Selangor
- APA BARANG
- TAK PAYAH DOK AMBIK TAU PASAI PERHIMPUNAN AGUNG TU
- BLOG, HARAKAH, SUARA KEADILAN, PLAK POKOK DAN SMS ...
- Anak Perak Di Perantauan Janji Pulang Sokong Calon...
- BERANIKAH UMNO SAHUT CABARAN INI?
- MB Selangor Saman Pengerusi Gerak
- KDN tidak faham demokrasi
- PERMIT TV3 JUGA PERLU DIGANTUNG JIKA BN NAK MENANG...
- Gantung Harakah, Suara Keadilan macam hantu takut ...
- Semangat Rakyat Takkan Dapat Digugat!
- PASTIKAN IGAUAN NGERI UMNO/BN MENJADI KENYATAAN
- FRU SEMBUR GAS PEDIH DI SP PULAK
- Minta Kerja Melalui Pusat Cat - Guan Eng
- TUAH DAN SIAL MILIK SIAPA?
- PERMIT SUARA KEADILAN DIGANTUNG SERTA-MERTA
- Ugut tahi minyak apa?
- SERPIHAN PLAK JANA RM61,000
- MUBAHALAH TAK JADI
- Tiga Negara Setuju Bersih, Perindah Sungai Klang
- TAKNAK NAJIB
- 'Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat'
- MEDIA PERBESAQ CERITA CALON BKT SELAMBAU
- Setan Merah Terpuruk di Craven Cottage
- MU KENA BEDAL LAGI
- NST haram di Pulau Pinang : P Ramasamy
- KEDAH 2 POLIS O
- SOTONG KANGKUNG TAIPING
- ANWAR KATA KEPALA HOTAK HANG!!!
- GAMBAR PERANG BENDERA BUKIT GANTANG
- HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,HUTANG UMNO DI BAWA MATI
- Perasmian Pusat Khidmat Rakyat ADUN Seri Setia
- FAIRUS LETAK JAWATAN,ALI BELUM
- SUASANA PERANG DI BUKIT GANTANG
- CAKAP TAK SERUPA BIKIN
- MUHABALAH MUNCUL SEMULA
- POLIS BIKIN JEM
- BUKAN PROJEK MEE SEGERA TAPI MEE GORENG TELUR MATA
- UWEEKK!!!! ADAKAH AKU TELAH TERMAKAN BANGKAI AYAM?
- Pemuda Kelantan desak SPRM siasat Mohd Ali
- CERAMAH DI SIMPANG TAIPING DIHARAMKAN POLIS
- JANGAN HANGPA INGAT INI PROJEK MEE SEGERA
- Zaid gesa Agong tidak lantik Najib jadi PM
- POLITIK WANG TAK SAMA KE DENGAN RASUAH BEB?
- Kenapa peduli 'Allah Peduli' Agnes Monica saja?
-
▼
Mac
(164)
Saya fikir tk payah tuding sana sini orag tu perasuah...umpama sebuah keluarga dalam satu kampong..ada seorang yang fikiranya terlalu kehadapan termasuk datuk ketua kampong kepada ketua kampong tk boleh berfikiran seperti dia.sudah tentulah dia sentiasa di tentang oleh dtuk atau ketua atau ahli keluarga..kalau dia buat sikit silap pasti dia akan di herdik dan dtengkeng sekuat hati meskipun ada juga keluarga lain termasuk dari keluarga di rumahnya sndiri yang tersilap umpama pemandu melintas lampu isyarat merah di tengah malam yg tiada kereta lain melainkan dia sja...inilah asam garam ahli poliik!
BalasPadammamak gila penumpuan media. kasihan malaysians ditipu mamak selama ni bahawa dia seorang melayu.
BalasPadamBisa digelar THE GREATEST PRETENDER dalam sejarah atau-.
BalasPadamThe Master of Mudah Lupa. atau Master of kungfu "Tai Chi ".U tolak pada I , I tolak balik pada u.