Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 31, 2009

LAGI SATU PILIHANRAYA KECIL MENANTI UMNO




UMNO YANG KINI FOBIA DENGAN PILIHANRAYA TERUS BERDEBAR MENUNGGU KEPUTUSAN 3 PILIHANRAYA KECIL SEBAGAI KAYU PENGUKUR PENERIMAAAN RAKYAT SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG YANG KONONNYA TEMPAT MEREKA BERMUHASABAH DIRI SAMBIL MENCARI KESILAPAN DIRI.

DALAM PADA ITU KEMUNGKINAN AKAN ADA LAGI PILIHANRAYA TERBARU TENTUNYA LEBIH MENJADIKAN UMNO SEMAKIN FOBIA.LEBIH-LEBIH LAGI JIKA MEREKA TEWAS KETIGA-TIGA PRK TERSEBUT. KALAU ADA KITA LAYAN JE...



Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Selepas 7 April?


BELUM pun selesai tiga pilihan raya kecil yang sedang berlaku sekarang ini, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai timbul pertanyaan kerusi manakah pula akan menjadi kosong selepas ini? Apakah selepas ini giliran kerusi Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bakal bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi kosong?


Kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil Kepala Batas ini sangat besar. Untuk apa Abdullah duduk tercokol lagi di kerusi berkenaan setelah beliau tidak lagi menjadi perdana menteri. Apakah beliau sanggup dan tergamak duduk di kerusi belakang sebaris dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Rafidah Aziz dan lain-lain sebagai anggota dewan rakyat.


Biasanya kerusi belakang yang bertentangan dengan Speaker dikhaskan kepada wakil rakyat-wakil rakyat berstatus 'lesung hindik' atau 'lesung tumbuk' - wakil rakyat lanjut usia dan tidak lagi menjawat apa-apa jawatan penting dalam parti maupun kerajaan.


Apakah Abdullah sanggup melihat kerusinya di hadapan sebelah kanan Speaker yang akan mula diduduki Najib RAzak pada persidangan akan datang. Kerusi itu tidak ubahlah seorang janda yang ditinggalkan si suami kerana masalah kemangkatan pucut!


Jawabanya tentu sekali tidak. Atau apakah beliau akan menjadi ahli berhormat yang tidak akan masuk ke dewan persidangan? Sekiranya Abdullah boleh menerima keadaan itu betapalah rendahnya nilai politik seorang Abdullah Badawi.


Logiknya tidak ada sebab lagi untuk Abdullah terus duduk tercokol di situ. Dan kalau untuk jadi ahli parlimen setakat hendak ambil elaun saja ia juga tidak munasabah dan memalukan sahaja.


Mahatahir Mohamad apabila sudah melepaskan jawatan perdana menteri tidak lagi bertanding dalam pilihan 2004. Dia terus menjadi lesung hindik yang pergi ke merata tempat untuk memburukkan kepimpinan dan kerajaan Abdullah. Selepas itu sekalipun beliau tidak menjejakkan kaki ke parlimen untuk tidak mengingatkan dia kepada si janda itu.


Saya kira Abdullah tidak akan mengikut budaya dan perangai Mahathir. Abdullah tidak akan mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka seperti mana dilakukan Mahathir walaupun ada aspek-aspek yang beliau tidak setuju.


Bagaimana pun dalam situasi hari ini bukan senang untuk Abdullah mengosongkan kerusi Kepala Batas bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan. Kesan dan akibatnya nanti tentulah buruk kepada UBN.


Pada saya samada beliau akan lepas atau tidak kerusi Kepala Batas bergantung kepada keputusan tiga pilihan raya kecil yang berlangsung sekarang ini. Sekiranya kesemua pilihan raya kecil itu berpihak kepada UBN, mungkin beliau akan berfikir untuk melepaskan kerusi berkenaan. Sebaliknya kalau keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat susah untuk Abdullah melakukannya kerana pilihan raya itu kelak akan menjatuhkan martabat UBN.


Sudah pasti dia akan terus berada di kerusi parlimen Kepala Batas sehingga tamat tempoh parlimen penggal ke 12. Kalau kena jadi tunggul di dalam parlimen, jadi tunggullah tidak mengapa asalkan maruah UBN dapat dijaga. Bak satu babak dalam filem Musang Berjanggut garam ke garamlah asalkan Puspawangi yang bikin! Bukankah Abdullah rela berkorban untuk parti dan tidak akan mederhaka kepada UBN?


Jadi samada Abdullah akan mengosongkan kerusi itu atau tidak bergatung sepenuhnya kepada keputusan tiga pilihan raya kecil ini. Kalau dua daripada tiga pilihan raya kecil itu berpihak kepada PR tidak mungkin Abdullah akan mengosongkan kerusi itu.


Pun begitu jika berpandukan kepada kebiasaan tidak ada sebab lagi Abdullah yang sudah tidak lagi menjadi perdana menteri untuk kekal sebagai wakil rakyat biasa. Dalam dunia mana pun keadaan yang dilalui Abdullah itu beliau kena berundur dan lepaskan kerusi Kepala Batas secepat mungkin.


Mengosongkan kerusi Kepala Batas itu adalah satu lagi penghormatan rakyat kepadanya sebagai pemimpin yang tidak suka berbalah. [wm.kl. 9:30 am 31/03/09]

SUMBER: msomelayu.blogspot.com

1 ulasan:

  1. tambah lagi dun penanti......
    hahahahaaa...
    kasi meriah aku punya kampung....

    RENUNGAN BUAT PENGUNDI2 SEKALIAN.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive