Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 27, 2009

UNDI PEROKOK AKAN TERJEJAS DI 2 BUKIT 1 BATANG ??




CELAKA BETOI!!! BUKAN CELAKA KAT NIK AZIZ TAPI CELAKA KAT ROKOK.SEBAB MAKIN DI ISAP MAKIN KETAGIH. KITA TAK PATUT MARAH KAT NIK AZIZ DENGAN KENYATAAN TERSEBUT.KITA PATUT BANGGA DENGAN PEMIMPIN YANG BERANI MACAM NI.DIA TAK TAKUT HILANG SOKONGAN DARI PEROKOK DEMI MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM.BUKAN SEPERTI SESETENGAH PEMIMPIN YANG TAKUT HILANG SOKONGAN BILAMANA NAK TEGAKKAN SYARIAT ISLAM.

SIKAP PEMIMPIN SEPERTI NIK AZIZ WAJAR DICONTOHI OLEH PEMIMPIN LAIN.AKU RASA PEROKOK DI KALANGAN RAKYAT YANG MENYOKONG PEMBANGKANG TIDAK AKAN MEMBERI UNDI PROTES KEPADA PEMBANGKANG DALAM PILIHANRAYA KECIL 2 BUKIT 1 BATANG NANTI HANYA DENGAN KATA-KATA SINIS NIK AZIZ INI. MALAH UNDI DIKALANGAN RAKYAT YANG TIDAK MEROKOK DARI PENYOKONG BN AKAN DAPAT DITARIK KERANA MEREKA BERSETUJU DENGAN KATA-KATA NIK AZIZ.MUNGKIN ITULAH HIKMAH DISEBALIK KATA-KATA SINIS DARI NIK AZIZ.

BERITA ASAL:




Nik Aziz Kata Perokok Lebih Hina Daripada Lembu


KOTA BAHARU, 27 Mac - (Bernama) - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.

-- BERNAMA
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive