Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 16, 2009

CELCOM BROADBEANS



PIHAK CELCOM SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA MASALAH TALIAN (CHANNEL) 3G YANG SESAK TERUTAMA DI KAWASAN KUALA LUMPUR.MAJORITI PELANGGAN MELAHIRKAN RASA TIDAK PUASHATI DENGAN PERKHIDMATAN CELCOM 3G YANG BEGITU PERLAHAN UNTUK MUAT TURUN SERTA MUAT NAIK.

TENGOK IKLAN DAN PROMOSI BERAPI-RAPI BROADBANDNYA,BILA SUDAH PAKAI JADI BROADBEANS,MAKANAN KEGEMARAN MR BEAN.



BAGI BANDAR BESAR SEPERTI ALOR SETAR,IPOH DAN PULAU PINANG,PENGGUNA MENDAPATI TIADA MASALAH PADA KELAJUAN MUAT NAIK DAN MUAT TURUN.INI MUNGKIN DISEBABKAN OLEH KADAR PENGGUNA TIDAK RAMAI.

PIHAK CELCOM SEPATUTNYA MENAMBAH KAPISITI TALIAN BAGI KAWASAN-KAWASAN YANG MENGHADAPI KESESAKAN TALIAN.SETIAP ADUAN PERLULAH DIAMBIL KIRA KERANA PENGGUNA MEMBAYAR UNTUK PERKHIDMATAN TERSEBUT.

=====================================================================================

Celcom Tawar Diskaun Di Bawah Kempen 'Big Deals'


SEREMBAN, 12 Mac (Bernama) -- Celcom (Malaysia) Bhd menjanjikan promosi dan diskaun istimewa bagi perkhidmatan jalur lebar, pascabayar dan prabayar mudah alihnya di bawah kempen, 'Celcom Broadband Big Deals'.

"Bagi pelanggan yang mahukan tawaran terbesar dalam perkhidmatan mudah alih terbaru ini, mereka boleh mengharapkan tawaran terbaik bagi produk jalur lebar, pascabayar dan prabayar Celcom semasa kempen ini," kata naib presiden bagi kawasan tengah, Azlan Ismail.

"Selain menikmati tawaran eksklusif, pelanggan-pelanggan berpeluang memenangi hadiah hebat bernilai beribu ringgit apabila mereka mendaftar bagi mana-mana pakej jalur lebar Celcom," katanya di sini Khamis.

Kempen itu akan diadakan di AEON Pusat Beli Belah Bukit Tinggi, Klang dari 17 hingga 29 Mac, Megamall Dataran Pahlawan Melaka, dari 20 hingga 22 Mac, dan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur dari 20 hingga 22 Mac.

Azlan berkata dalam tahun 2008, jalur lebar Celcom terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan jalur lebar pilihan, dengan mencatatkan pertumbuhan pelanggan sebanyak 300 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan 228,000 pelanggan hingga Disember 2008.

-- BERNAMA
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive