Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 31, 2009

TEORI BAKAL PM BUKAN PRESIDEN UMNO

O-RAHMA-N : Realiti atau Fantasi?

Dua tiga hari lagi PM Lah akan mengadap YDA memohon sembah meletakkan jawatan sebagai PM. PM Lah menjanjikan pada hari Khamis, 2 April 2009 sebagai tarikh mengadap YDA. Secara umumnya TPM beliau akan menjadi PM baru. PM baru atas kapasiti sebagai Presiden UMNO yang baru. Tetapi adakah semudah itu Najib menjadi PM Malaysia?

PM Lah belum menunjukkan secara jelas siapa pengganti beliau. Beliau hanya mahu mengadap YDA berkaitan jawatan PM. Bagaimana jikalau YDA meminta PM Lah terus menjadi PM sehingga PRU 13? Sekiranya ini yang dikehendaki oleh YDA dan PM Lah setuju, sudah tentu PM Lah akan mencadangkan rombakan kabinet baru tanpa kelibat Najib. Adanya Najib dalam kabinet baru hanya akan menambahsusahkan urus tadbir kerajaan perpaduan pimpinannya. PM Lah hanya perlu mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 112 AP di parlimen. Semua AP kena setuju. Jikalau ada AP yang tidak setuju, AP tersebut dianggap telah derhaka kepada YDA sebagaimana MB Nizar dikatakan oleh UMNO telah derhaka kepada Sultan Perak. PM Lah kekal PM dengan dibantu oleh TPM baru, DSAI.

Seandainya YDA menerima perletakan jawatan memandanya PM Lah, Najib belum tentu menjadi PM. Mungkin YDA ada cadangan lain. Agak keterlaluan jikalau YDA menobatkan DSAI sebagai PM baru. Jika ini yang berlaku, DSAI akan dianggap merampas kuasa. Takkan DSAI mahu dianggap sebagai perampas kuasa? Kalau bukan DSAI di angkat sebagai PM, siapa lagi?

Siapa AP bukan PR yang bersungguh-sungguh menyokong kerajaan perpaduan? Siapa AP yang menempelak rampasan kuasa Najib di Perak? Siapa AP yang masih menyerang peribadi Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO? AP mana yang meminta Najib mencabar tuduhan akhbar Perancis yang mengatakan Najib sebagai bersubahat membunuh Altantuya? Siapa AP yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden UMNO? AP ini akhirnya merendah diri yang gurkha UMNO sememangnya tidak layak menjadi presiden UMNO. Adakah tidak layak menjadi presiden UMNO membawa maksud tidak layak menjadi PM Malaysia?

Siapa lagi kalau bukan bakal YABM Kuli. Arwah bapa Najib, Allahyarham Tun Razak telah menasihatkan Allahyarham Tun Hussein lantiklah Kuli sebagai TPM. Tun Hussein pula terlupa akan nasihat ini. Sebelum berundur, Tun Hussein memanjangkan nasihat agar Tun Dr. Mahathir melantik Kuli sebagai TPMnya. Nasihat ini telah menjadi wasiat. Wasiat adalah satu amanah. Kuli bukan merampas kuasa. Kuli hanya berusaha memenuhi wasiat pimpinan terdahulu. Wasiat bapa Najib. Apakah Najib sanggup melanggar wasiat bapanya yang belum tertunai? Tanggungjawab anak yang baik ialah memenuhi wasiat bapa.

Timbul persoalan, mustahil Najib sanggup menerima gurkha UMNO sebagai PM. Mustahil Najib mahu menerima hakikat bahawa presiden UMNO tidak berkuasa di Malaysia. Mustahil Kuli mahu melantik Najib sebagai TPM sebelum Najib diheret ke mahkamah membersihkan dirinya daripada gangguan ‘hantu’ Altantuya. Apabila Najib telah bersih sebersih-bersihnya, barulah Kuli akan menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Di samping berusaha memenuhi wasiat tertunggak , Kuli menjadi PM demi menyelamatkan maruah dan ekonomi negara yang begitu buruk angkara tuduhan terlampau ke atas Najib.

Jikalau bukan Najib sebagai TPM, siapa pula? Mungkin DSAI akan dilantik sebagai TPM. Kuli menjadi PM bukan atas kapasiti UMNO. Kuli menjadi PM untuk semua rakyat. Kabinet Kuli adalah kabinet perpaduan. Ada menteri UMNO, ada menteri PAS, ada menteri PKR, DAP dan AP-AP dari Sabah dan Sarawak. Semua AP akan menumpu tanggungjawab mereka kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kuli akan bersara daripada dunia politik menjelang PRU 13 setelah berjaya membentuk satu lanskap politik baru untuk Malaysia.

Saya masih berpegang pada andaian awal saya iaitu O dan N tidak akan menjadi PM walaupun tokohnya mampu menjadi presiden UMNO. Apakah O-RAHMA-N akan menjadi kenyataan?

Ahhh, teman ngigo ghupernye…


SUMBER: jantantuya.blogspot.com


Biaqpila...apa ada hal.

5 ulasan:

  1. yang pasti kau memang bodoh lagi banggang. dengan izin Allah SWT najib akan jadi PM Malaysia pada 3 april 2009 iaitu pada hari jumaat ini. tak payah lah nak buat teori banggang kau tu.

    BalasPadam
  2. aku ada lihat berita kaki di Bernama News malam tadi, tapi cuma sekejap aja.... lepas tu hilang.....
    DYMM Agong cuma perkenan Pak Lah mai jumpa 8/04/09 ni iaitu selepas PRK.
    Apasal jadi mcm ni????

    BalasPadam
  3. awaq yan seorang marah sangat tu,najib tu pak menakan die ke atau ada ape2 ni.

    BalasPadam
  4. PUAK UMNO TAK RETI PILIH PEMOIMPIN SUNGGUH LE ADA KE PATUT ORANG YANG DAYUS PUN ANGKAT JADI PEMIMPIN, KALAU BINI TAK BOLEH NAK PIMPIN APATAH LAGI NAK PUIMPIN MASYARAKAT. LU PKLAH SENDIRI WAHAI ORANG MELAYU YANG MENGAKU ISLAM APA HUKUMNYA ORANG YANG DAYUS? PK2 KANLAH/RENUNG

    BalasPadam
  5. sekarang timbul bermacam-macam teori.. Yang pastinya kita tunggulah sehingga kenyataan tiba...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive