Lim berkata pusat CAT yang dilancar pada akhir Januari, mencatatkan kira-kira 2,623 jawatan kosong tetapi hanya 732 permohonan.
"Pusat CAT ditubuhkan bagi membantu menempatkan pencari kerja dengan kerja yang sesuai dengan mereka, terutama di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang E-Galv Steel Industry Sdn Bhd di sini, Isnin.
Lim berkata kerajaan negeri akan terus dengan dasar mesra perniagaan bagi menarik lebih ramai pelabur ke Pulau Pinang serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.
Sementara itu, presiden Kumpulan Tatt Giap Datuk Steven Siah berkata pembukaan kilang E-Galv Steel Industry Sdn Bhd di Pulau Pinang akan mewujudkan lebih 400 peluang pekerjaan.
-- BERNAMA








0 KOMEN