Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 13, 2009

Ketua AMK disiasat 1 Jam, minta PM ambil tindakan terhadap Najib

PETALING JAYA,12 MAC (SK) - KETUA Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta agar pihak polis turut tiga individu yang didedahkan oleh akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Beliau yang ditemui setelah satu jam disoalsiasat anggota Polis berkata, pihak polis seharusnya menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak serta isterinya Rosmah Mansor dan Abdul Razak Baginda sepertimana yang didakwa akbar Perancis.

“Saya meminta agar polis turut menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan dua yang lain pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu,” katanya kepada Suara Keadilan.

Menurutnya lagi, ketika disoal siasat, polis turut memberitahu kepadanya bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat laporan komisyen kapal selam yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Najib.

“Saya turut meminta agar polis membuat siasatan keatas laporan kaitan pembunuhan yang didakwa sepertimana yang dilaporkan oleh Angkatan Muda berdasarkan laporan akhbar berkenaan,” katanya.

AMK pada 7 Mac 2009 telah membuat satu laporan polis berdasarkan laporan akhbar Liberation yang antara lain melihat bahawa penglibatan Najib, Rosmah dan Razak di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.

SUMBER: http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-semasa/2009/03/2451
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive