Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 22, 2009

NST haram di Pulau Pinang : P Ramasamy

KUALA LUMPUR, 21 Mac (SK): Akhbar harian berbahasa Inggeris NST tidak di terima untuk membuat liputan di sebarang acara rasmi oleh semua Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang mulai hari ini.

P Ramasamy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi berkata,”semua Exco Kerajaan Negeri telah bersetuju sebulat suara mengharamkan akhbar berkenaan,”

Langkah itu diambil berikutan akhbar berkenaan yang didakwa telah memfitnah kerajaan negeri dalam laporan beritanya akhir-akhir ini kata Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy.

“Akhbar itu juga sebelum ini turut dilarang membuat liputan sidang akhbar atau majlis yang dihadiri Ketua Menteri sebagai tindak balas terhadap artikelnya yang didakwa ‘berbaur fitnah dan tidak benar’,” kata beliau.

Sebelum ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata beliau sedang menimbang sama ada mahu mengenakan larangan ke atas NST kerana sikapnya yang berat sebelah dalam laporan terhadap beliau dan kerajaan negeri.

SUARAKEADILAN
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive