Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 21, 2009

UMNO BN UNDERDOG DI PENANTI

BN MENDAPAT GELARAN BARU IAITU PASUKAN UNDERDOG JIKA DITURUNKAN DI PENANTI. GELARAN YANG DAHULUNYA DIPEGANG OLEH PARTI PEMBANGKANG KINI MENJADI MILIK BN.BIASA LA BILA DAH KALAH 4 KALI KENA LA GELAQ DIRI SENDIRI UNDERDOG.

NASIB BADAN LA...


Pilihan Raya Kecil Penanti Mengenai Menang Atau Kalah


CYBERJAYA, 20 April (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan Barisan Nasional (BN) sama ada untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti janganlah berdasarkan kepada hanya bagi berpeluang menang sahaja.

"Ia bukan soalan untuk menang atau kalah, kita underdog di sana tetapi kita jangan pinggirkan penyokong-penyokong kita sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis "Bridges-Dialogues Towards a Culture of Peace", di Universiti Multimedia(MMU) di sini Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin Khamis lepas sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan pada Sabtu lepas bahawa BN mungkin tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu dan ini akan diputuskan pada mesyuarat akhir bulan ini.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata jika cadangan BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu, ini akan membantu meredakan suasana politik sementara Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata BN hendaklah bertanding. Timbalan presiden Gerakan Chang Ko Youn berkata parti itu juga bersetuju jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Majlis itu disempurnakan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah sebagai Pengerusi Kehormat Bridges (Malaysia), Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, dan Pengerusi Penasihat Lembaga International Peace Foundation (IPF) Prince Alfred dari Liechtenstein.

Turut hadir Pengasas dan Presiden Rainbow/Push Coalition Reverend Jesse Louise Jackson Sr sebagai penceramah utama dan Canselor MMU Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir berkata BN hendaklah memikirkan semula mengenai taktik pembangkang yang menurut beliau hanya cuba menunjukkan kepada orang ramai jumlah pilihan raya kecil yang dimenangi.

"BN mungkin mengakui taktik itu jika tewas pada pilihan raya kecil tetapi ia bergantung mengenai cara kita menyampaikan hujah-hujah kita," kata beliau.

Mengenai cadangan Anggota Parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Abdul Samad untuk dibina jambatan lurus dan bukan jambatan bengkok untuk menghubungkan Johor dan Singapura, beliau berkata itu mungkin satu pandangan peribadi.

"Itu Shahrir, Shahrir memang orang Johor tapi ada orang lain juga di Johor, bukan Shahrir seorang," kata beliau.



-- BERNAMA


Biaqpila...apa ada hal.

1 ulasan:

  1. BN jangan tak tanding di Penanti,malu tu hahahah.namakan dulu cAlon.hari penamaan calon buatlah kesalahan teknikal agar pencalonan ditolak. taklah BN malu sangat. Duit rakyat pun tak bazir. he he he.hanya yang melopong pencacai2 BN .tak dapat projek maggi mee....... kahkahkah.apa pun terjadi BN bolehlah tempa kain kapan.Inilah pengajaran paling mahal bagi orang bongkak.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive