Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 27, 2009

umno pas: Apabila pepsi cola dicabut tudung....



HANGPA BESA MINUM AYAQ PEPSI COLA DAK? MASA HANGPA CABUT TUDUNG, DIA PUNYA BUIH
MENGGELEGAK NAIK TAKDAN NAK TENGOK...LEPAIH BUIH MEMBUAK NAIK TU...BILA DAH HABIH DIA PUNYA GAS... TERUIH DIA PUNYA BUIH KERING TAKDAK APA DAH...MASA TU LA NAK LANGGAH PUN....



Semangat '1 Malaysia' umpama Pepsi Cola - Ustaz Hadi

Mohd Yusri Amin

KOTA BHARU, 26 April - 'Satu Malaysia' tidak lebih sebagai gimik politik. Ini kerana demokrasi berparlimen yang dilaungkan di negara ini seakan-akan tidak mengiktiraf negeri yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan Barisan Nasional yang menguasai persekutuan tidak mengiktraf demokrasi berparlimen khususnya terhadap negeri yang dimenangi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Macam mana hendak dikatakan 'Satu Malaysia', apabila PAS menang di Kelantan, Terengganu dan Perak, mereka tidak iktiraf. Antara usaha dilakukan melambatkan peruntukan kewangan.

"Selain itu mereka melantik Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sedangkan perlantikan JKKK di bawah bidang kuasa negeri.

"Macam mana dikatakan ?Satu Malaysia?. Bahkan apa yang dilakukan BN sekarang untuk berpecah belah, bukan untuk menyatukan Malaysia," katanya kepada pemberita ketika menghadiri satu program di sini, baru-baru ini.

Oleh itu beliau meminta Dato' Seri Najib Razak menyatukan Umno terlebih dahulu sebelum berhasrat hendak satukan Malaysia.

Beliau juga berkata, kenyataan menteri yang mahu mengkaji semula pendekatan Islam Hadhari seumpama Pepsi cola apabila dicabut tudung, keluar buih kemudian buih hilang begitu saja.

"Samalah dengan konsep Satu Malaysia yang ditimbulkan sekarang," katanya. - mj _
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive