Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 18, 2009

Calon DUN Penanti Mesti 'Orang Cukup Kanan', Kata Anwar

BUKIT MERTAJAM, 17 April (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon yang akan dipilih untuk mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti mestilah 'orang cukup kanan' dalam parti.

Beliau berkata ketetapan itu penting bagi meyakinkan masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat Cina serta India khususnya golongan bawahan.

"Orang Melayu di negeri ini mahu satu ketetapan bahawa suara mereka diberi perhatian di peringkat kepimpinan negeri," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di DUN Penanti di sini malam Jumaat.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata pemilihan calon daripada kalangan 'orang cukup kanan' juga penting memandang kemungkinan untuk dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau berkata keputusan itu adalah dengan persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan beberapa parti pembangkang yang lain.

Ditanya sebab beliau tidak mengumumkan calon Timbalan Ketua Menteri 1 daripada kalangan pemimpin yang ada, Anwar menjelaskan bahawa parti itu kini mempunyai satu pilihan baru.

"Adanya pilihan raya ini, kita boleh letakkan calon yang paling sesuai dan mempunyai sepenuh masa untuk berkhidmat kepada rakyat," kata beliau.



-- BERNAMA

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama18/4/09 6:22 PG

    Dr Mansor ialah calon yang layak untuk menjadi ejen perubahan N12 baru bagi Penanti.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama18/4/09 7:42 PG

    dr mansor berkelayakan, tapi bagaimana pandangan pengundi di sana?
    ramai pengundi disana nakkan calon drp pas. pkr dah terpalit najis

    BalasPadam
  3. Wan Azizah bai..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive