Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 27, 2009

umno pas: SPR Terkial-kial Untuk Menetapkan Tarikh

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan SPR kini sudah tidak bebas lagi hinggakan pemimpin utamanya terpaksa mengeluarkan kenyataan berat sebelah dan masih terkial-kial untuk menetapkan sebarang tarikh pilihanraya untuk DUN Penanti.

Hakikatnya SPR tidak bebas sepenuhnya dalam membuat keputusan kerana masih ada orang tertentu di belakang yang menentukan hala tuju mereka, tegas beliau. katanya lagi, sikap UMNO-BN yang mahu menarik diri bertanding pada pilihanraya kecil DUN Penanti menyerlah betapa rendahnya moral mereka dalam menghayati semangat demokrasi berparlimen di negara ini.

Kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai banyak kebenaran. Perhatikan tindak-tanduk SPR baru-baru ini. Antaranya ialah:

1) Penglibatannya dalam krisis Perak secara terus.
2) Kenyataan-kenyataan media SPR yang sangat berat sebelah.
3) Masih mempertikaikan perletakan jawatan oleh Fairus.
4) Menbuat isu bahawa pengendalian pilihanraya menelan kos yang lumayan.
5) Bercanggah dengan prinsip-prinsip demokrasi.
6) Masih tidak menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Penanti.

Kita akan tahu esok, apakah pengumuman yang akan dibuat oleh SPR berkenaan dengan isu Penanti. Kita bersama-sama sedang menanti!!

speakforperak.blogspot.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive