Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 21, 2009

JOM HEBOH DI TLDM LUMUT -media bukit selambau



Jomheboh vs Pilihanraya (undi pos)


Jomheboh datang lagi... kali ini di Kem TLDM Lumut Perak. Macam mana dengan keselamatan negara? Bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membiarkan acara ini berlangsung di dalam kem tentera. Kem tentera adalah kawasan yang terdapat banyak maklumat rahsia ketenteraan yang perlu dijaga. Kehadiran seramai-ramai manusia bukankah mendatangkan bahaya kepada rahsia tentera negara. Tidak takutkah kita jika berlaku sabotaj terhadap kelengkapan tentera kita.

Pilihanraya akan datang lagi... pengundian bagi tentera adalah undian secara undi pos yang sangat diragui perlaksaannya. Alasan kenapa undian cara biasa tidak boleh dilaksanakan di kem tentera adalah atas sebab keselamatan negara. Kem tentera adalah kawasan rahsia sulit tentera. sebarang orang tidak boleh masuk sewenang-wenangnya. Takut berlaku sabotaj.

Apa istimewanya jomheboh? Apa tak istimewanya pilihanraya? Kenapa jomheboh boleh dibuat dalam kem tentera? Kenapa pilihanraya cara biasa tidak boleh dibuat dalam kem tentera? Kenapa mesti cara undi pos?. Kenapa masih perlu mengekalkan undi pos?

Jika kerajaan boleh biarkan mungkin ratusan ribu orang masuk ke kem tentera untuk berpesta jomheboh. Kenapa tidak kerajaan benarkan 40-50 orang petugas pilihanraya masuk untuk memantau proses pilihanraya daripada proses pengundian hinggalah proses pengiraan selesai?

Sebenarnya alasan-alasan yang digunakan kerajaan BN untuk menghalalkan undi pos adalah untuk memudahkan mereka memanipulasi undi-undi itu. Jika kita pantau keputusan daripada peti undi pos sememangnya tidak logik. semuanya memihak kepada mereka dengan sangat banyak. Contohnya daripada 100 kertas undi yang dikira paling kurang 80 adalah BN, Selebihnya barulah PR dan Bebas.

Kita perlu menghapuskan undi pos ini. Bagi mereka yang berada diluar negara kita boleh gunakan kaedah yang digunakan Indonesia dalam Pemilu mereka. Mereka yang berada diluar negara ini akan mengundi di kedutaan mereka diluar negara.

Gerakan BERSIH perlu digerakkan semula. Walaupun PR sudah menafikan majoriti 2/3 dan merampas 5 negeri. Perjuangan BERSIH belum selesai. Kita perlu gerakkan semula agar semua tuntutan di penuhi.

katabicara.blogspot.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive