Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 16, 2009

NASIB BAIK TAK BERLAKU DI PRK BUKIT GANTANG ATAU BUKIT SELAMBAU

Ramai Calon Gagal Sakit Jiwa, Malah Bunuh Diri


Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 15 April (Bernama) - Calon-calon wakil rakyat yang gagal dalam Pemilu (Pemilihan Umum) 2009 Indonesia baru-baru ini, tiba-tiba mengalami sakit jiwa; ada mati terkejut dan ada yang bunuh diri; malahan ada yang bertindak aneh mengambil balik sumbangan yang telah diberi kepada pengundi.

Kejadian-kejadian selepas pilihan raya umum legislatif 2009 Indonesia ini mungkin aneh bagi rakyat Malaysia tetapi hakikatnya ia memang terjadi walaupun mendukacitakan anggota keluarga yang terlibat.

Media massa tempatan Rabu melaporkan calon wakil rakyat Sri Hayati, yang kalah untuk merebut kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah - seperti Dewan Undangan Negeri di Malaysia - Kota Banjar ditemui mati dipercayai akibat menggantung diri di sebuah bangsal di Ciamis, Jawa Barat pada pagi Selasa.

Sri Hayati, 23, dan bertudung, adalah calon Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) bertindak nekad dipercayai kerana tidak tahan menanggung malu mendapat jumlah undi yang kecil.

Suaminya, yang enggan disebutkan namanya, menafikan tindakan isterinya itu kerana kalah dalam pilihan raya tetapi berkata Sri Hayati yang sedang hamil empat bulan itu tiba-tiba jadi seorang pendiam dan sering meminta maaf kepadanya walaupun antara mereka tidak ada sebarang masalah.

Ketua pusat rehabilitasi itu Supono Mustajab berkata mereka berasal dari Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah, termasuk juga anggota 'pasukan sukse' (anggota pasukan kempen) calon-calon itu yang terkejut berat dan tidak dapat menerima hakikat kekalahan walaupun telah banyak mengeluarkan wang kempen.

Wisma Rehabilitasi yang didirikan Supono mempunyai 25 bilik khusus bagi caleg yang terganggu jiwa mereka dan siap dengan 11 orang doktor termasuk pakar sakit jiwa, yang merawat mereka secara kerohanian juga bersama dengan lebih 100 pesakit jiwa dari kalangan orang biasa.

Lama web Kompas pula melaporkan hospital sakit jiwa di Palangkaraya kini turut merawat lima pesakit selepas pengundian 9 April iaitu dua orang calon yang gagal dan tiga yang lain merupakan penyokong parti.

"Kesan kekalahan dalam pemilu tidak hanya menimpa caleg secara peribadi, malah juga terjadi pada penyokong dan keluarga terdekat, kata Ketua hospital itu Wineini Marhaeni Rubay.

Menurutnya, seorang daripada caleg itu masuk ke situ 'dalam kondisi gila' pada 10 April dan diberikan rawatan darurat sebelum dihantar ke Yayasan Joint Adulam Ministry, Palangkaraya, tempat penampungan orang "gila".

Seorang lagi calon wakil rakyat Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI), Lazuardi, yang bertanding di Kota Pontianak, Kalimantan Barat, meninggal malam Isnin selepas beberapa jam mengikuti pengiraan undi, disyaki kerana terlalu keletihan dan "stress" akibat berkempen serta tidak menang.

Sehari sebelum itu, Sri Sumini, calon Parti Demokrat di Solo, Jawa Tengah, meninggal akibat serangan jantung dan menurut keluarganya, sejak masa kempen hingga selesai pengundian dia menjadi lebih pendiam dan terlihat seperti memendam beban fikiran berat.

Selain kes-kes itu, banyak juga calon yang menghadapi tekanan jiwa yang berat dipercaya kerana hasrat besar untuk menjadi wakil rakyat gagal dicapai dan tidak tahan menanggung malu kerana 'orang kampung semua sudah tahu' apatah lagi banyak juga yang bergolok bergadai untuk menampung biaya kempen.

Menurut laman web Tempo interaktif, terdapat sembilan orang calon anggota legislatif (caleg) yang stress, enam di antara mereka kalah pemilu dan dibawa untuk rawatan di Wisma Rehabilitasi di Karanganyar, Jawa Tengah.

Ketua pusat rehabilitasi itu Supono Mustajab berkata mereka berasal dari Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah, termasuk juga anggota 'pasukan sukse' (anggota pasukan kempen) calon-calon itu yang terkejut berat dan tidak dapat menerima hakikat kekalahan walaupun telah banyak mengeluarkan wang kempen.

Wisma Rehabilitasi yang didirikan Supono mempunyai 25 bilik khusus bagi caleg yang terganggu jiwa mereka dan siap dengan 11 orang doktor termasuk pakar sakit jiwa, yang merawat mereka secara kerohanian juga bersama dengan lebih 100 pesakit jiwa dari kalangan orang biasa.

Lama web Kompas pula melaporkan hospital sakit jiwa di Palangkaraya kini turut merawat lima pesakit selepas pengundian 9 April iaitu dua orang calon yang gagal dan tiga yang lain merupakan penyokong parti.

"Kesan kekalahan dalam pemilu tidak hanya menimpa caleg secara peribadi, malah juga terjadi pada penyokong dan keluarga terdekat, kata Ketua hospital itu Wineini Marhaeni Rubay.

Menurutnya, seorang daripada caleg itu masuk ke situ 'dalam kondisi gila' pada 10 April dan diberikan rawatan darurat sebelum dihantar ke Yayasan Joint Adulam Ministry, Palangkaraya, tempat penampungan orang "gila".

Liputan6.com pula melaporkan di Jombang, Jawa Timur, enam calon yang gagal dihantar untuk rawatan mental dan kejiwaan Griya Kasih Cinta di Desa Sumbermulyo tetapi ditolak oleh pengurusan pusat itu kerana ia khas untuk merawat pesakit miskin.

Stevanus Mario Edward, pengelola pusat itu dilaporkan berkata kerana tidak dapat menahan tekanan jiwa yang berat, dua daripada calon itu datang ke situ dalam keadaan telanjang.

Beliau percaya mereka menjadi sangat tertekan kerana telah menghabiskan wang yang sangat banyak tetapi gagal mendapat undi.

Sebelum ini banyak yang mentertawakan laporan berita yang memetik pemerintah Indonesia sebagai berkata semua daerah diminta menyediakan wad-wad khusus bagi menerima calon-calon wakil rakyat yang gagal dan menghadapi tekanan jiwa.

Selain kes-kes yang memilukan itu, terdapat banyak juga kes aneh apabila calon wakil rakyat yang kalah di pelbagai daerah dilaporkan bertindak menarik balik televisyen, alat muzik, tikar, kain pelikat dan sejadah dan hadiah lain yang disumbangkan kepada institusi atau individu yang mereka syak tidak mengundi mereka.

Lebih teruk ialah beberapa kes di mana calon yang gagal menghalau setinggan yang sebelum ini menumpang di tanah milik mereka atau keluarga mereka kerana didapati mengundi parti lain, manakala di tempat lain pula seorang calon menutup sekolah, menghentikan saluran air telaga dan menghalang rakyat menggunakan jalan di tanahnya.

-- BERNAMA
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive