Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 30, 2009

PAS UMNO: Nik Aziz minta Nik Abduh padamkan kekeliruan dalam blog

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta anaknya, Nik Abduh supaya menjelaskan kekeliruan dan jangan biarkan kekeruhan bertapak lama berhubung isu dakwaan beliau terhadap pembantu ‘sesat’ bapanya yang dikatakan melaga-lagakan bapanya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Abduh dalam blognya mencatatkan beliau telah dihubungi ayahandanya dari Mekah, meminta beliau supaya ‘memadamkan kekeliruan’ dan ‘jangan membiarkan kekeruhan bertapak lama’ berhubung isu itu.

“Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. Alhamdulillah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

“Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya katakan kepadanya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu. Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda.

“Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai.

“Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!” katanya yang dipetik daripada blognya.

Nik Abduh dalam blognya sebelum ini, bercerita mengenai pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi.


sinarharian

1 ulasan:

  1. Impian mewujud "kerajaan perpaduan PAS-UMNO" tersekat. Nik Abduh melatah. PAS bergelora.

    Mengapa Nik Abduh seronok membongkar "isu keluarga" kepada khalayak? Ada pihak yang menokok tambah. Tidakkah baiknya kita "bersemuka" secara berhemah, dan nasihat-menasihati.

    Tindakan nampak berani tapi menjumudkan pemikiran dalam "tempurung sendiri" saja. Tanpa melihat waqi' semasa. Trend PAS semacam ini akan menuju keera lama. Era yang telah ditinggalkan oleh Almarhun Dato' Fadhil Nor yang sedang membuahkan hasilnya. Almarhun Dato' Fadhil Nor & TGNA telah menunjukan ketokohan yang berwibawa dan berhemah diperingkat nasional & global yang patut dicontohi.

    Apakah PAS akan kembali kepada budaya "jagoan kampungan" yang sempit dan gasar???

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive