Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 15, 2009

Pas sedia beri idea pendekatan baru



SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan sedia berbincang dan memberi pandangan kepada kerajaan berkenaan pendekatan Islam yang sesuai di negara ini bagi menggantikan konsep Islam Hadhari.

Pesuruhjayanya, Zulkefly Mohamad Omar berkata, bukan sikap Pas untuk menolak semua usaha kerajaan meningkatkan syiar Islam, sebaliknya parti itu bersedia untuk ‘duduk semeja’ terutama untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

“Kita bersedia (berunding) bila-bila masa untuk kepentingan rakyat. Dengan cara ini, banyak kemusykilan boleh diselesaikan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perbincangan itu nanti perlu fokus kepada soal pentadbiran Islam dan tidak ada menyentuh soal politik.

“Konsep kita memang sedia berunding tetapi jangan pula berbincang untuk bergabung (parti). Soal bergabung parti, itu tidak timbul,” katanya, semalam.

Zulkefly berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa agar konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimansuhkan terus tanpa perlu kajian semula.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan mengkaji semula konsep Islam Hadhari bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, konsep Islam Hadhari bukan sahaja tidak berkesan, malah boleh menimbulkan kekeliruan dan Pas tidak mempunyai masalah untuk memberi pandangan.

“Sedangkan dengan DAP kita boleh berbincang, inikan pula UMNO. Kalau boleh, kita buat secara rasmi seperti seminar atau dialog,” katanya.

Beliau berkata, konsep Islam Hadhari sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu ternyata gagal untuk memberi hasil yang diinginkan dan perlu ada satu pendekatan dengan kembali semula merujuk al-Quran dan Hadis.

“Pas dari dahulu memang tidak bersetuju dengan konsep Islam Hadhari kerana bukan sahaja mengelirukan umat Islam di negeri ini, malah langsung tidak memberi kesan.

sinarharian

description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive