Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 25, 2009

LAMAN WEB LUCAH BIAQPILAAA...-dari bilik media bukit selambau



Laman Web Lucah biaqpie laa cuma Laman Web Politik Jaa Yg di Pantaunya..

SKMM diminta tutup laman web lucah


SEJAK akhir-akhir ini saya dapati semakin banyak laman web lucah memaparkan wanita Melayu di internet. Masalah laman web seperti ini sudah berlarutan sejak sekian lama dan pernah disiarkan di media massa. Saya sedih kerana wanita Melayu termasuk mereka yang tidak berdosa dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.

Antara video yang terpapar dalam laman web seperti ini termasuk pelakuan seks pelajar perempuan bertudung. Ini jelas melanggar akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana membabitkan remaja bawah umur.

Saya berharap SKMM menutup laman web seperti ini kerana ia boleh meningkatkan lagi masalah sosial di kalangan remaja terutama Melayu beragama Islam. Saya juga berharap pihak polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap dalang web lucah Melayu ini.

Namun apa yang lebih menghairankan ialah wanita Melayu masa kini yang sanggup berkorban apa saja demi cinta mereka terhadap kekasih hingga sanggup menggadai maruah. Lebih dahsyat lagi mereka merelakan pelakuan lucah itu dirakamkan pasangan masing-masing yang menyebarkannya pula di internet.

Mungkinkah ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu Islam kini kurang berpegang kepada ilmu agama sehingga tidak tahu membezakan mana yang halal dan haram. Saya berharap pihak berkuasa agama berperanan lebih penting bagi membanteras gejala ini.

Atau mungkinkah ada pihak yang sengaja mahu memburuk-burukkan Islam dengan paparan ini atau sengaja mahu mencari untung mudah.

Ibu bapa juga perlu menyedari gejala ini dengan memantau anak mereka yang suka menggunakan komputer.

Rizal,
Kuala Lumpur.

kedahlanie.blogspot.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive