Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 15, 2009

Persatuan Bekas Polis kunjungi Menteri Besar Kedah




Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 13 April: Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Kedah di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini.

Kunjungan hormat itu diketuai oleh Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Kedah, Tuan Haji Ishak Yahaya bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Kedah.

Tujuan kunjungan hormat itu diadakan adalah untuk memperkenalkan Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Kedah kepada Menteri Besar di samping merapatkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan persatuan itu dengan lebih dekat lagi.

Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Kedah yang ditubuhkan pada tahun 1976 mempunyai seramai 3,000 ahli.

Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Kedah mempunyai sembilan cawangan di seluruh negeri Kedah iaitu di Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Jitra, Kuala Nerang, Baling, Sik, Yan dan Langkawi.

www.wartakedah.com

3 ulasan:

  1. Nak tegelak pun ada!
    Biaqpila dapat mana cerita ni?
    Setahu saya Tuan Hj. Mat Isa daripada PBPM Cawangan Sungai Petani lah yang sekarang ini menjadi Pengerusi Persatuan BPM Negeri Kedah.
    Kalau ada pengembangan atau sesiapa tahu dalam hal ini tolong perjelaskan.

    AHLI PBPM SUNGAI PETANI.
    K001275

    BalasPadam
  2. Salam K001275 Ahli PBPM Sg.Petani. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini dan memberi komen di sini. Maklumat tersebut diperolehi melalui laman web kerajaan negeri Kedah.Sila ke link di bawah utk rujukan.

    http://www.kedah.gov.my/kedah/isi.asp?id=972&mytbl=data1

    atau

    http://www.wartakedah.com/?lang=my&id=2&act=5&content=253&mnu=2

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama16/4/09 8:41 PG

    Salam Biaqpila!
    macammana saya hendak berhubung dengan penulis atikal ini?

    AHLI KELIRU,
    K001275

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive