Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 15, 2009

Islam Hadhari karut, tidak perlu dikaji semula

MACHANG - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu dikaji semula berhubung pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya.

Menurut Mursyidul Am Pas itu, konsep tersebut adalah karut, malah tidak pernah wujud apa yang dikatakan Islam Hadhari.

“Tak payah nak kaji semula konsep Islam Hadhari. Semua itu adalah mengarut. Ia adalah salah satu strategi orang Eropah hendak hapuskan Islam.

“Tak ada Islam Hadhari, yang ada Islam Syamil. Tirulah Kelantan, insya-Allah selamat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom yang akan mengkaji semula konsep Islam Hadhari berkenaan bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya.

Nik Aziz turut mengulas pergolakan yang berlaku di negara Thailand berikutan tindakan penunjuk perasaan anti kerajaan hingga Thailand terpaksa mengisytiharkan perintah darurat di Bangkok dan lima wilayah berdekatan.

Nik Aziz berkata, kerajaan Thailand memerlukan orang tengah untuk menyelesaikan pergolakkan politik yang melanda negara itu.

“Masalah yang melanda Thailand tidak boleh diselesaikan secara terus. Kerajaan Thailand perlukan orang tengah untuk menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun menolak ketika ditanya sama ada bersedia atau tidak untuk menjadi orang tengah yang dimaksudkan.

“Saya tidak boleh, hati saya lembut. Mudah mengangguk. Kena cari la orang tengah. Ikut la sesiapapun,” katanya.

sinarharian
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive