Sabtu, April 25, 2009
Najib lebarkan lubang kubur UMNO BN
Zulkifli Yahaya
Jika BN membuat keputusan tidak menyertai Pilihanraya Kecil kawasan Dun Penanti, atas apa alasan sekalipun, mereka bakal menghadapi tekanan penghinaan yang kuat kerana didakwa penakut. "Kalau masuk pun BN tahu mereka akan kalah teruk ..." Itulah antara ayat yang membingitkan telinga.
Sewaktu Barisan Alternatif (BA) memboikot satu pilihan raya kecil di Pahang, masa Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri, itulah kata-kata yang dilemparkan terhadap BA. Masa itu mereka kuat. Angkuh orang kuat, semuanya kena pada mereka. Apabila tanpa ditaja sesiapa muncul seorang calon bebas, maka BN menggunakan seluruh kekuatan jentera Pusat dan negeri berdepan dengan calon bebas dengan mengisytiharkan kononnya calon bebas itu ditaja BA.
Adakah dengan tidak menyertai pilihan raya, bermakna BN berjaya 'menyelamatkan' wang dan masa rakyat dari dibazirkan? Belum tentu, kerana tiada siapa berhak menyekat calon bebas dari turut serta. Seorang dari 13 bekas calon bebas Bukit Selambau menghantar borang pencalonan di Penanti sudah cukup untuk SPR dan polis terpaksa 'membazirkan wang'. Pakatan Rakyat tidak akan menyerang calon bebas, sebaliknya akan menghalakan peluru berpandu kepada Najib dan BN, sedang BN tidak berhak untuk berceramah di Penanti kerana mereka tidak bertanding. Sanggupkah BN berputih mata melihat suasana itu?
Andaikan pula BN turut menghantar calon bertanding dalam Dun Penanti, mereka akan menghadapi dua tekanan.
Pertama, Najib akan dituduh lidah bercabang. Najib sudah terlepas cakap mengatakan pilihan raya itu tidak perlu diadakan kerana bukan berlaku kematian. Katanya, ia cuma mainan politik KeADILan. 'Tidak perlu diadakan' bermakna Najib mahukan Adun KeADILan terus mewakili Penanti. Dari awal dia mengatakan, ia satu mainan politik KeADILan. Kalau tiba-tiba dia menyerah leher pula dalam permainan (atau lebih tepat disebut perangkap) maka na裂sangatlah politik Najib.
Kedua, BN akan kalah teruk lagi. Reputasi Najib merudum lagi. Pakatan Rakyat akan berpesta lagi. Beratus ekor lembu dan kambing akan turun menjadi korban meraikan kemenangan bersiri. Rakyat akan mengulang-ulang lagi kata-kata, "BN di penghujung usia, nazak dan dah nak mati ..." Ungkapan dan suasana itu akan lebih digeruni dari kutukanmengatakan BN penakut.
Majoriti senyap akan kembali
Pendek kata, percaturan politik Anwar Ibrahim benar-benar mengasak BN ke penghujung jalan; ke kanan jurang, ke kiri gaung. Pilihlah mana satu untuk mereka terjun. Najib adalah seorang Perdana Menteri yang betul-betul dalam dilema. Dia memimpin BN di zaman kegelapan.
Bagi mengembalikan sokongan rakyat dia telah melakukan pelbagai pembaharuan. Untuk menghadapi kebangkitan bukan Melayu menyokong Pakatan Rakyat, Najib memperkenalkan 'One Malaysia' satu konsep yang ditiru dari 'Malaysian Malaysia' tajaan DAP. Berjanji akan mengkaji penghapusan ISA, mengembalikan permit akhbar parti politik dan mengumumkan kononnya zaman 'kerajaan lebih tahu' sudah berakhir adalah antara strategi menghadapi gelombang kebangkitan rakyat.
Dengan bersikap lunak terhadap rakyat, Najib berharap sokongan 'majoriti senyap' akan kembali. Percaturannya salah bagi mengekalkan kuasa BN. Tapi dengan tidak melakukan pembaharuan itu, kuasa BN lebih cepat menghadapi kehancuran.
Dilema yang sama pernah dialami oleh Mikail Gorbachev. Dia perkenalkan 'glasnost & perestroika' (perubahan dan pembaharuan) bagi membendung kebangkitan golongan antikomunis. Gelombang penentangan terhadap Kesatuan Soviet tidak hancur tapi dia yang turun dulu.
Presiden Africa Selatan, FW De Clerk memperkenalkan pembaharuan menghapuskan dasar Arparteid. Dia menghalalkan semula ANC yang diharamkan serta membebaskan Nelson Mandela. Tetapi akhirnya, bukan setakat Arparteid, politik De Clerk pun turut berkubur.
Jika contoh terlalu jauh, lihat sajalah di negara jiran Indonesia. Di zaman Suharto parti politik yang menggunakan nama Islam dianggap subversif dan diharamkan. Golongan yangbercita-cita menegakkan negara Islam dianggap musuh negara. Mereka ditangkap dan diseksa ala ISA.
Apabila gerakan reformasi mengambil tempat, Suharto turun takhta dan Naibnya BJ Habibie mengambil alih. Habibie juga adalah pemimpin Golkar, parti yang yang tua dan bermasalah macam Umno. Tetapi Habibie nampak lebih baik dari Suharto. Dia melakukan pembaharuan demimengambil hati rakyat.
Jika Najib menubuhkan Kabinet Rakyat untuk menyaingi pengaruh Pakatan Rakyat, Habibie menubuhkan Kabinet Pembangunan Reformasi untuk menyaingi pengaruh reformasi. Rakyat bebas menubuhkan apa jua parti politik serta bebas turun ke jalan raya. Rakyat amat menyukai pembaharuan Habibie, tetapi mereka membenci Golkar dan menumbangkannya dalam pilihan raya.
Percayalah Najib akan melakukan bermacam-macam pembaharuan dalam negara. Tidak pelik kalau ruang demokrasi yang sempit sekarang ini dibuka seluas-luasnya oleh Najib. Macam Gorbachev, De Clerk dan Habibie juga, Najib nampaknya cuma meluaskan lubang kubur Umno dan BN. - azm _
harakahdaily
description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
April
(285)
- PAS UMNO: Apa punya turrrr...
- PAS UMNO: Nik Aziz minta Nik Abduh padamkan kekeli...
- Kejatuhan Umno kerana sekat kebebasan akhbar
- NIZAR: PR TIDAK AMAL DISKRIMINASI
- AGENDA MEDIA SAMAKAN PAS DENGAN UMNO
- UMNO PAS: KELULUSAN KABEL ELEKTRIK DI DASAR LAUT
- UMNO BN AKAN DIUJI DI SELANGOR PULAK?
- lupakan umno sekejap: Asal Usul Kentut
- LAWAN UMNO BN - UNDILAH PR WALAUPUN BATANG PISANG
- umno pas: PENANTI,APA PROJEK GENG?
- BIAQPILA TERIMA ANUGERAH
- Fenomena Nizar
- CALON PENANTI: LINE CLEAR KATA AMK
- nizar vs zambry: 7 MEI BIKIN RIBUT
- UMNO LAGI: DEPA NAK PECAT SPEAKER PULAK
- HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM
- UMNO KETANDUSAN KEPIMPINAN
- UMNO MAKIN PENING DI PENANTI
- UMNO BN HANYA DAPAT 1BATANG AI
- NIZAR ADA HARAPAN
- ANWAR UMUMKAN NAMA CALON PENANTI -umno pkr pas
- pas umno: Cubaan bina semula tugu pokok demokrasi ...
- Pulih populariti Umno: Parlimen mungkin dibubar awal
- Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno
- YB BALING,JANGANG DOK BUWAT TAT THUU -pas umno
- PELUK TANDA HORMAT...LINGKUP....LINGKUP...
- umno pas: PERTANDINGAN CIPTA LAGU 1 BIHUN
- FOBIA PONDOK PANAS,APA BARANG... -umno pas
- Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia
- PENANTI: CALON PKR DIUMUM MALAM INI?
- Pakatan mahu pulau sidang DUN Perak 7 Mei
- SPRM jadi 'Kelab Penyokong Umno'?
- Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 panel h...
- Krisis Perak Misi Terancang Umno BN
- umno pas: Apabila pepsi cola dicabut tudung....
- DS ANWAR TENGOK BOLA
- Media Arus Perdana Umno (MERAPU)
- PARASIT DALAM PAS YANG MENGUNTUNGKAN UMNO
- umno pas: Zambry Cuba Tukar Speaker
- Ceramah Ir. Mohammad Nizar Di Chinese Assembly Hall
- SELSEMA BABI
- "Biar saya lawan PKR di Penanti kalau UMNO tak mau"
- umno pas: SPR Terkial-kial Untuk Menetapkan Tarikh
- Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 orang p...
- ORANG PAHANG PIMPIN UMNO SELANGOR
- One Umno:Pemimpin Rasuah Didahulukan, Tokoh Kalah ...
- Media Arus Perdana Umno Cuba Lagakan Anwar-Guan Eng
- KANAK-KANAK HILANG
- PENANTI: KES SENJATA umno MAKAN TUAN
- LAWAK AHAD: LUPAKAN UMNO SEKEJAP
- NIZAR BLOG: MAJLIS KESYUKURAN DAN BERTEMU PENGUNDI
- UMNO PAS: SPR DAH TAK DAK MOOD NAK PILIHANRAYA?
- SELANGOR JUARA PIALA FA
- UMNO TERPAKSA GUNA PENGERUSI IMPORT
- umno pas: TOYOTA CAMRY ATAU TOYOTA ZAMBRY?
- NIZAR TAK BELI CAMRY
- 3 Beradik Maut Terbakar - Tak Sampai Hajat Pakai B...
- umno pas: MOHON RESTU LELONG CAMRY
- NIZAR,ZAMBRY DAN JOM HEBOH
- FINAL 2 NEGERI PAKATAN RAKYAT
- UMNO PAS: JOMHEBOH DPPKL MOHON SEMBAH DERHAKA
- Najib lebarkan lubang kubur UMNO BN
- LAMAN WEB LUCAH BIAQPILAAA...-dari bilik media buk...
- UMNO KITAR SEMULA BERULANGKALI
- Mekanik didakwa lakukan seks ganas terhadap isteri
- 'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti
- Kes Nizar vs Zambry : Selagi Tidak Ditetapkan MB Y...
- UMNO, jangan dirayu pada yang tak sudi…
- Sokong bubar DUN Perak, syarat bekerjasama dengan ...
- SPRM tidak cukup bukti dakwa Fairuz
- Perpaduan alaUmno sekadar retorik politik
- Lelong Camry kemudian beli Mercedes?
- Bukit Gantang Restu Rakyat
- GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH
- UMNO BN FOBIA DENGAN GELOMBANG RAKYAT
- VIDEO LUCAH MAKAN DIRI
- KES NIZAR BELUM DIBICARA KERETA DAH NAK DILELONG
- BIBIK TERAJANG BUDAK
- GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH PRK
- Ahmad Said lantik pemandu ambulan, guru jadi Penga...
- JOM HEBOH DI TLDM LUMUT -media bukit selambau
- UMNO BN UNDERDOG DI PENANTI
- TV UMNO
- UMNO VS PKR : PENALTI DI PENANTI
- BELUM TENTU MEMBAZIR BEB! -media bukit selambau
- UMNO ~ Taufan
- PENANTI : UMNO BN SEMAKIN PENING, NAK BERTANDING A...
- SAMBUTAN HANGAT CERAMAH ANWAR DI PAHANG
- UMNO: Amende lah lu orang ni..
- SELAIN UMNO,MIC PUN HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT JUGA
- DS NIZAR LANCARKAN BUKU KRISIS POLITIK DI PERAK
- Rumah Dan Kenderaan Rosak Dalam Ribut Di Pasir Puteh
- Bukit Selambau 19 April 2009: PENGUMUMAN UNTUK BLO...
- Isteri 6 jam
- Bukit Gantang: Pokok Demokrasi Dicabul Lagi
- Gadis dirogol 15 mat rempit
- UMNO DAH TAKDAK MODAL
- Nizar mohon mengadap Tuanku Sultan sekali lagi
- LAWAK AHAD - lupakan cerita pasal umno sebentar
- Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewa...
-
▼
April
(285)
Tepat sekali... Buat lah apa2 pun. Kali ini mejority akan undi BA.
BalasPadamAdakah benar pemimpin BA sangat layak memimpin?Atau akan lebih menyediakan lagi seorang yang hendak sambung study dan luang masa dengan famili?atau seorang pemimpin yang akan berangkat untuk lari terlebih dahulu apabila negara sudah habis digadai oleh BA?Jika seorang pemimpin BA sudah buat begitu,tak hairan ADUN kepimpinan BA yang lain akan buat negitu juga. Adakah itu seorang pemimpin yang terbaik dalam BA?
BalasPadamJd lubang kubur siapa yang sebenarnya digali lebih luas..fikir-fikirlah sendiri...Amin..
Sebagai seorang manusia yang punyai 6 akal banding
BalasPadamdengan binatang yang punyai 5 akal patut sedar selepas 50 tahun yang penuh dengan korupsi dan diskriminasi. 50 tahun sudah terlalu lama untuk sorang manusia masih tak sedar2 lagi.
Jenis2 orang ini adalah lebih rendah akal dan martabat dari haiwan yang punyai 5 hingga 1 tahap akal. Nak bagi 0.5 tahap akal pun tak memadai. Jadi fikir2 lah sendiri selagi hati mampu kuasai akal yang tahap rendah ini.
Kubur dah gali luas. Dari Perak , Pahang , Terengganu , Perlis , Melaka dan Sabah.
BalasPadamElok timbus saja mayat2 yang hidup di negeri2 tersebut. Mulakan hari baru dengan manusia sebenar iaitu rakyat jelata yang mendahagakan demokrasi.