Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 20, 2009

PENANTI : UMNO BN SEMAKIN PENING, NAK BERTANDING ATAU TIDAK..



OLEH KERANA UMNO BN DAH PENING KITA BUAT BODO JE LA..

Kali pertama dalam sejarah, seorang Perdana Menteri dan parti dokongannya berada di dalam dilema untuk membuat satu keputusan "hidup-mati"... perlu atau tidak bertanding di dewan undangan negeri Penanti.

Najib Tun Razak yang baru seminggu menjawat jawatan PM telah mengemukakan secara lantang, BN berkemungkinan tidak akan bertanding di dalam pilihanraya kecil Penanti yang dianggapnya sebagai satu pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit. Sementelah lagi ia dikatakan sebagai agenda politik Pakatan Rakyat untuk menunjukkan populariti.

Dua alasan diatas sudah cukup untuk membuktikan BN sememangnya takut untuk berdepan pakatan Rakyat diwaktu populariti Pakatan Rakyat meninggi di kalangan rakyat.

Berkokoklah ayam-ayam jantan dan berketuklah ayam betina yang lain tanda memberi sokongan kepada kenyataan Najib itu termasuklah pemimpin-pemimpin MCA, Gerakan, PPP dan beberapa individu dan professor-professor kangkungnya serta sekalian media massa arus perdana, membodek tak tentu hala untuk menjelaskan betapa pilihanraya kecil Penanti merupakan satu pembaziran.

Kemudian MIC melalui Presidennya Samy Vellu menentang arus, tidak bersetuju dengan kenyataan Najib. Dan yang paling terbaru ialah kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu.

Ini menyebabkan Najib tersentak dan menjadi pening bangat, orang yang dianggapnya sebagai Penasihat Kabinet telah menyuarakan pandangan yang berbeza yang selepas ini memungkinkan Najib dan sekalian pengampunya itu terpaksa mengubah haluan supaya tidak ketulah jika tidak mengikut nasihat Tuan Penasihat.

Sama-sama kita tunggu dan lihat sehari dua ini, apa pula keputusan akhirnya... bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak bertanding....

greenboc.blogspot.com

3 ulasan:

  1. nak komen apedenya tak menarik langsung. hampeh

    BalasPadam
  2. Apa-apa pun kita nantikan keputusan pertandingan di Penanti. Kalaulah BN bertanding dan kalah kepada PR maka saya yakin tidak seorang pun cerdik pandai atau professor mereka yang akan berkata "sepatutnya kita ikut idea asal DS Najib agar BN tidak masuk bertanding, kerana pada awalnya kita yakin benar akan kalah".
    Apa yang bakal dikatakan ialah "mereka menggunakan taktik agresif, dusta, janji palsu dan menzalimi petugas-petugas kita. Yang tidak akan mereka sebutkan sama sekali ialah : "Kita sudah gunakan hampir maksimum "jentera kita" iaitu polis,RTM,SPRM, SPR,guru-guru tadika, sekolah, pensyarah dan masih gagal! Jadi apa lagi yang boleh kita gunakan? Setakat air liur kami sapa nak dengar? Lalu mereka pun berkata dalam hati kecil masing-masing " telah tiba masanya kita tinggalkan gerombolan ini, agar kita benar-benar merdeka akal dan jiwa dan terus keluar dari kekangkungan yang sia-sia ini!" Sudah tiba masanya. Bacalah idea saya di http://gedungakal.blogspot.com/. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. ini adalah antara sebab2 kenapa BN tak mau bertanding di Penanti
    1. memang confirm dia kalah kalau bertanding pun
    2. tak ada calon yang layak
    3. najib mana berani turun berkempen di penanti, dia dah serik kena di permatang pauh..
    4. dah abis duit tabur kat pengundi masa prk sebelum ni.
    tu je sebabnya. takder sebab lain.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive