Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 15, 2009

Mohd Azraai Jurulatih Kebangsaan?



KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah mungkin merupakan calon tunggal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengisi jawatan jurulatih kebangsaan.

Ini kerana dua lagi nama jurulatih yang disebut-sebut iaitu K.Devan (Selangor) dan Dollah Salleh (Shahzan Muda) untuk mengisi jawatan itu belum menerima tawaran secara rasmi atau tidak rasmi daripada FAM.

Azraai pula dilaporkan telah menerima panggilan daripada FAM berhubung perkara itu dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab selaku jurulatih kebangsaan.

Jurulatih yang membimbing Kedah menjuarai tiga kejohanan (Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super) dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008 itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang keputusan kerana masih mempunyai kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kedah.

Dalam pada itu, Devan ketika dihubungi Bernama berkata fokusnya kini adalah untuk membimbing pasukan Selangor pada saingan Liga Super yang baru diambilnya pada awal musim ini.

"Jika ditawarkan jawatan itu, saya bukannya menolak bulat-bulat tapi masih memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun bagi mencari dan menambah pengalaman," katanya yang membimbing Kuala Muda Naza menjuarai Liga Perdana pada musim lepas.

Sementara itu, Dollah yang kini membimbing pasukan berstatus kelab yang berpangkalan di Pahang, Shahzan Muda, turut mengesahkan tidak ada menerima sebarang tawaran daripada FAM berhubung jawatan itu.

"Saya cuma mengetahui perkembangan mengenai jurulatih kebangsaan melalui akhbar sahaja tapi saya kini tetap memberi tumpuan kepada Shahzan Muda," kata jurulatih berusia 46 tahun yang pernah membimbing Selangor memenangi tiga piala pada 2005 iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Perdana.

Sabtu lepas, Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad pelantikan jurulatih kebangsaan mungkin akan dibuat dalam tempoh masa dua minggu kerana beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Beliau berkata jurulatih berkenaan pernah membawa kejayaan kepada pasukan yang dibimbingnya dan FAM masih berunding dengan persatuan negeri terbabit.

Jawatan jurulatih kebangsaan kini kosong setelah FAM pada 1 Feb lepas memutuskan untuk menamatkan kontrak jurulatih B.Sathianathan.

-- BERNAMA
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive