Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 22, 2009

KES NIZAR BELUM DIBICARA KERETA DAH NAK DILELONG


Kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri akan dilelong oleh kerajaan negeri Perak.


BARU 2 BULAN PAKAI DAH KENA LELONG? LEPAS TU BELI PULAK KERETA BARU UNTUK EXCO.AWAT TAK PAKAI SAJA KERETA TU.AKU RASA KERAJAAN BN PERAK NAK BELI KANCIL AEROBACK PULAK KOT UNTUK DIGUNAKAN OLEH EXCO-EXCONYA.MAKLUMLAH NAK MOHON RESTU RAKYAT MESTILAH LOW PROFILE DAN KENA JADI MARHAIN SEMARHAINNYA.BARU BOLEH DRAG DENGAN GOLONGAN MUDA DIKAMPUNG-KAMPUNG.

AKU PUN TERINGIN JUGAK NAK MASUK TENDER NI.TAPI AKU TERPIKIR MACAMANA KALAU NIZAR MENANG KES KAT PERAK NI?LEPAS TU EXCO DIA NAK PAKAI CAMRY TU BALIK.TAKKAN NAK PULANG BALIK KAT DEPA.NAYA BEB! TAPI NAMPAK GAYANYA PAYAH LA NIZAR NAK MENANG,SEBAB KERETA PUN DEPA DAH BERANI LELONG.MAHKAMAH BELUMPUN BERSIDANG KERETA DEPA DAH LELONG.


Toyota Camry bekas Exco Pakatan Perak dilelong


IPOH: Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin 'tinted' yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini. BERNAMA


mstar

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama22/4/09 9:53 PG

    NATANG UMENO NI MEMANG SUKA LELONG..S'PORE,BATU PUTIH..TANAH KAT JOHOR..TANAH KAT PAHANG..PEDULI PE DEME NI..JENIS NATANG..TAK DE AKAI..SEMBELIH JE SEKOR-SEKOR WAT IKAN ASIN BOLEH GAK PAEDAH..SSETUJU!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive