Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 15, 2009

Umno Salah Pelabuhan Dan Destinasi

Shahidan dengan Mat Isa nampaknya sedang berkeris semula. Sebelum ini mereka pernah berkeris tetapi berhenti sekejap untuk memamah ‘pinang semangat’. Mereka menyambungnya semula setelah semangat mereka pulih. ‘Pawang’ yang membekalkan mereka pinang semangat itu namanya Najib.


Kalau keris pemuda Umno namanya Keris Panca Warisan, saya tak pasti pula apa nama keris ‘orang tua’ Umno. Shahidan dan Mat Isa tak guna keris pemuda sebab mereka sudah tua. Silat mereka pun cara orang-orang tua juga. Berpencak daripada jauh. Shahidan berpencak daripada Tambun Tulang, Mat Isa pulak daripada Bintong. Kadang-kadang seorang di Kangar dan seorang lagi di KL.

Shahidan memang tidak puas hati Mat Isa jadi MB. Pada masa itu dia Pengerusi Perhubungan Umno Perlis. Bagi Shahidan, sepatutnya dia yang jadi MB sebab dia orang nombor satu Umno Perlis, tapi tak jadi kerana ‘tipu muslihat pihak tertentu’.

Umum mengetahui pihak tertentu yang dimaksudkan Shahidan itu ialah ‘istana Perlis’. Maknanya Shahidan nak kata, dia tak jadi MB kerana campur tangan dan silap mata istana Perlis. Nampaknya Shahidan sudah menyembah derhaka? Awas Shahidan!

Dulu, Shahidan orang nombor satu Umno Perlis tapi tak jadi MB. Sekarang Mat Isa jadi MB tapi tak jadi orang nombor satu Umno Perlis. Kalau ibarat kereta, Mat Isa letak kaki di pedal minyak, Shahidan pegang tombol gear. Mat Isa nak perderas kereta, Shahidan tak masuk gear. Bila Shahidan masuk gear, Mat Isa tak tekan minyak pulak. Kereta tak bergerak ke mana-mana.

Masing-masing lawan jerkah. “Tekan minyak la…”, kata Shahidan. “Masuk gear la…”, kata Mat Isa.

Shahidan kata, “Isa, hang tak layak bawa kereta ni…, aku dah bawa lama dah”. Mat Isa kata, “Kereta ni raja bagi dekat aku…, hang turunlah”.

Bagi Mat Isa dia patut jadi orang nombor satu Umno Perlis sebab dia MB. Shahidan pula tak mahu serah dekat Mat Isa, bagi dia, dia lebih layak daripada Mat Isa.Kalau nak ganti, hanya Muhyiddin yang layak ganti tempat dia. Huh…, Shahidan setaraf Tim Pres Umno laaa!

Shahidan macam ayam gila seron. Dia rasa dia masih MB Perlis. Shahidan masih rasa dia hebat dan dia rasa hanya dia yang layak dan tahu mentadbir Perlis. Tapi, Shahidan lupa, ada kuasa yang mengatasi kuasa dan kehendak dia. Di kalangan makhluk kuasa itu ialah istana.

Macam mana ‘istana Perlis’ tak sudi Shahidan jadi MB, dan dia gagal jadi MB, maka macam itu juga nasib dia sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis. Kalau Najib bagi kepada Mat Isa, Shahidan tak boleh buat apa pun. Paling kuat pun dia boleh sepak atau terajang pintu pagar pejabat Najib saja. Itu pun kalau dia berani.

Nasib Shahidan sebagai MB duduk di tangan istana, nasib dia sebagai orang nombor satu Umno Perlis pula duduk di tangan ibu pejabat Umno. Tak taulah pula kalau-kalau Shahidan ada keris Taming Sari yang mampu ‘menewaskan’ Najib atau Mat Isa dengan keris itu?

Bagi saya, dari segi perangai Mat Isa lebih baik daripada Shahidan. Saya kenal Mat Isa macam juga saya kenal Shahidan. Mat Isa leboh ‘cool’ berbanding Shahidan. Shahidan pula ‘isim’ semacam. Cuma hebat Shahidan yang orang selalu bercakap ialah, dia banyak duit. Di sini Mat Isa kalah. Bab duit, tiada orang Umno Perlis yang mampu lawan Shahidan.

Shahidan dan Mat Isa orang besar Umno. Merekalah yang mencorakkan wajah Umno. Inilah wajah pemimpin Umno dan wajah Umno pimpinan Najib kini. Dan inilah wajah Umno dulu, kini dan (mungkin) selamanya.

Umno tak akan berubah, tak mampu berubah, tak boleh berubah, tidak ada peluang berubah, kalau pertempuran seperti pertempuran Mat Isa dan Shahidan masih berlaku. Berlaku pula dikala Umno sedang berdendang untuk berubah. Tunggulah bila dendangan semakin sayup kedengaran, pada waktu itu ‘perubahan’ juga semakin menjauh ditelan angin.

Mengapa ini semua berlaku kepada Umno?

Saya katakan begini, “Sebab Umno bertolak daripada pelabuhan yang salah dan menghala ke destinasi yang salah”.

Apa pelabuhan dan destinasi itu? Orang Umno fikirlah sendiri.

Dikirim Oleh Zolkharnain Abidin

bongkarsauh.blogspot.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive